Tuesday, May 18, 2010

Teratak Minang The Musical

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bila sahaja mendapat tahu akan teater ini, terus sahaja kami menghubungi sedara 'seminang' yang mungkin berminat utk menonton bersama. Wah ternyata sambutan menggalakkan. Hampir 30 tiket kami booking utk 3 keluarga.


Maka, pada awal Mei yg lepas, petang nan indah berangkatlah kami ke Istana Budaya. Walaupun bapakku membebel juga pada awalnya..byk alasan..tk mahu ikutlah..penatlah, tk diberitahulah..hehehhe..akhirnya entah apa yg dikatakan oleh kakakku maka ayahku pun bersetuju. Oleh kerana kei tk dapat ikut maka tempatnya digantikan dgn kakak sulungku Ita. Ini juga merupakan kali pertama dia menonton teater.

Persembahan selama hampir 2jam itu berjalan dengan harmoninya. Aku yg duduk di barisan hadapan sesekali tidak dapat menahan tubuhku agar tidak bergerak mengikut melodi nyanyian para pelakon. sesekali bahuku berenjut dan kakiku bergoyang. Hahahaha..memang hebat dan mantap!


Ternyata ibu dan kakakku teramat suka dengan teater ini kerana dapat peluang melihat dan menyaksikan persembahan penyanyi pujaannya Elle Kassim. Dan aku turut berasa gembira kerana mereka semua berpuashati.

You guys..klu ada peluang begini, luangkanlah masa utk membawa keluarga walaupun harga tiket sedikit mahal tapi ianya tk ternilai dgn harga sebuah senyuman yang tersayang....

No comments: