Tuesday, May 18, 2010

Sekadar mencuba bakat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kali ni nk mengimbas cerita yg dh beberapa bulan berlaku. Kisah seorang kawanku yang memanggilku untuk menjadi model foto bagi pihak suaminya.



Maka pada hari tersebut, di kala ayam jantan berkokok dan azan sudah berkumandang, aku bangun, solat Subuh dan pergi mengikut kawanku ke Kuala Selangor. Aku diberi tugasan berlakon seperti gadis desa yang cukup sederhana. Whuaa...cam tk percaya je


Hmm..nk jadi cerita mmg kelakarlah sessi penggambaran ini. Aku dipasangkan dengan teman kwnku. Kami bergambar di pesisiran pantai dan juga di kebun..haaa...bayangkanlah..cuaca agak terik juga pada ketika itu.

Memanglah aku ni tk pandai bergaya.. langsung tk photogenik.. tapi gambar dan latar belakang photo itu semuanya mmg cantik.

Kredit juga pada temanku itu kerana bagi aku selain dari suaminya, dia juga berbakat dalam bidang ini kerana hampir majoriti gambar kami diambil olehnya memandangkan suaminya sibuk mengambil gambar si gadis cantik yang kebetulan mengikut kami.

Apapun..gambar2 ini sebagai buktinya. Kalau ada sesiapa yang inginkan perkhidmatan mereka, boleh sahaja msg pada saya atau cari mereka di facebook (Hakmal Rabah)