Sunday, May 30, 2010

Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari wesak yg lepas, aku n kwn2 g bercuti ke PD. Hehe rancangan pada mulanya nak melawat kawan bersalin di Melaka kemudian ke PD dan bermalam di sana. Di sebabkan salah seorang rakan tidak dapat ikut serta maka kami membuat rancangan bercuti ke PD sahaja.

Kami bermalam di rumah seorang teman. Apartment yang cantik dan selesa. Siang itu kami menghabiskan masa berjalan di pantai dan duduk menikmati bfast + lunch..orang sekarang kata 'branch' haha..whatever..most important we all enjoyed out food. Walaupun hanya makan sebungkus seorang nasi lemak (tapi nasi lemaknya mmg mengancam - tk tahulah kut disebabkan angin yg nyaman maka semuanya menjadi sedap).. dua mangkuk laksa (kongsi) dan yang bestnya...Kerang Rebus. Rasanya sampai 5 x kami tambah.. haha..melantak tk hengat ni!!!

Akhirnya setelah semua kekenyangan kami berjalan di sekitar market membeli ole2 utk dibawa pulang..sambil bergambar tentunya.

Malamnya kami singgah makan di batu 4 PD. Di gerai Cowboy hahaha...kedengaran sungguh menarik kan?? Mmg menarik pun, makanan yg disediakan nasi kukus + ayam bakar. Sedap!! Sambil mkn kami disajikan dengan halwa telinga.. kami pakat gelak apabila mereka memainkan lagu 60an....seperti lagu ahmad jais...cowboy ke tu? haaa...wat derk jer lah.

Selepas itu aku n seorang lagi kawan turun mandi di kolam (sebenarnya dari siang tadi dh menahan diri. Tk boleh tgk air..rasa nk terjun jer) manakala 2 orang kawan lagi keluar menikmati ketam. (Gerai tk halal)

Nasib baik semasa kami turun mandi tiada orang di kolam. Hahaha..apa lagi. dengan cepat kami turun ke kolam. Mula2 kwn aku turun tapi dia terpaksa naik semula kerana air kolam melebihi hidung. Then aku pun cuba turun. Wahhh..mmg air kolam tinggi hingga ke paras leher. Masa mula2 masuk tu terbayang juga kut2 ada binatang atau apa2 sahaja (ni mesti sbb aku suka tgk citer misteri pelik maka terbayang2)

Akhirnya kami mengambil keputusan melepak di pinggir kolam yang cetek sedikit (okaylah tu daripada perancangan mula2 nk mandi di tempat kanak-kanak..heeee...ada ke patut)

Setengah jam kemudian, kolam di datangi oleh pengunjung yg lain. Seronok tgk mereka yg pandai berenang. Malunya bab kami hanya melepak di pinggiran sahaja..huhuhu..

Satu jam berendam, kami pulang ke rumah penginapan dan meneruskan aktiviti dengan SAUNA. Bestnya...

Kwn2 yang lain pulang jam 12 lebih. Entah mengapa mataku mlm itu berat sungguh (selalunya masih boleh bertahan). Penat agaknya. Aku memohon untuk masuk tidur. Dan cecah sahaja kepala di  bantal.. im sleep like a baby..hehhehe. Esoknya aku diberitahu oleh kwn yng tidur bersama bahawa aku tidur lasak. Hahahaha...adusss.. katanya sampai bantal sudah ke mana, kaki sudah ke mana. Heee..nasib baik tk berdengkur!!!

Apa pun mmg seronok bercuti begitu. Ada peluang lagi ingin rasanya bercuti lagi....

1 comment:

Iriszz Joe said...

oittt~

maner pic pakai 2 pieces.. waaaaa.. tipu2.. nak gak tgk.. tak kire..

cini takde keliwon lerr..