Wednesday, March 17, 2010

Teater Sri Mersing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Menghabiskan malam minggu dengan menonton Teater Sri Mersing pada 13 March yang lalu bersama keluarga dan teman tersayang adalah satu kesempatan yang menyeronokkan.

Sesekali lari dari kebiasaan, pengalaman menonton teater lebih menyeronokkan kerana kerana persembahannya adalah secara langsung dan penonton dapat lebih menghayati jalan cerita. Dengan selingan nyanyian di antara jalan cerita membuatkan hilangnya rasa mengantuk.


Barisan pelakon memainkan watak mereka dengan berjaya sekali walaupun ada di antara mereka yang pertama kali menyertai bidang teater. Syabas buat mereka. Namun yang tetap menjadi sebutan tentulah hero dan heroinnya. Adi Putra dan Elly Mazlein.  I luv Elly Mazlein!


Sambutan terhadap teater yang akan dipentaskan selama 10 hari bermula dari 12 march - 21 March ini amat menggalakkan.
Barisan pelakon yang membintangi Teater ini juga terdiri dari nama-nama besar seperti Elly Mazlein, Adi Putra, Dato' Mustapha Maarof, Datin Hjh Rosnani Jamil, A. Galak dan ramai lagi.

Semoga ada kesempatan lagi menyaksikan teater di lain kali.

2 comments:

mizzura said...

Seri Mersing Best!

LaDolce vs CN said...

xaci...
nk nngok jugak..huhuuu tp nk buat cmne from 12th until 21st still kat kg...huk3

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design