Wednesday, March 17, 2010

Teater Sri Mersing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menghabiskan malam minggu dengan menonton Teater Sri Mersing pada 13 March yang lalu bersama keluarga dan teman tersayang adalah satu kesempatan yang menyeronokkan.

Sesekali lari dari kebiasaan, pengalaman menonton teater lebih menyeronokkan kerana kerana persembahannya adalah secara langsung dan penonton dapat lebih menghayati jalan cerita. Dengan selingan nyanyian di antara jalan cerita membuatkan hilangnya rasa mengantuk.

Barisan pelakon memainkan watak mereka dengan berjaya sekali walaupun ada di antara mereka yang pertama kali menyertai bidang teater. Syabas buat mereka. Namun yang tetap menjadi sebutan tentulah hero dan heroinnya. Adi Putra dan Elly Mazlein.  I luv Elly Mazlein!

Sambutan terhadap teater yang akan dipentaskan selama 10 hari bermula dari 12 march - 21 March ini amat menggalakkan.
Barisan pelakon yang membintangi Teater ini juga terdiri dari nama-nama besar seperti Elly Mazlein, Adi Putra, Dato' Mustapha Maarof, Datin Hjh Rosnani Jamil, A. Galak dan ramai lagi.

Semoga ada kesempatan lagi menyaksikan teater di lain kali.

Memetik Kecapi Bertali Sumbang, Seperti Serunai Berbunyi Gambang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu ini adalah minggu yang menyedihkan bagi diriku. Pelbagai perkara yang berlaku. Adakah kerana aku yang tidak dapat menerima tekanan atau orang sekeliling yang tidak faham?

Terkadang aku ingin lari dari segala masalah yang timbul. Pergi dari sini agar tiada sesiapa yang akan disakiti. Biarlah aku yang sakit dari menyakiti orang lain.

Namun sebagai manusia, aku tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Tanpa ku sedar ada hati yang terluka. Adakah kerana aku terlalu celupar dalam menyatakan apa yang terpendam?

Peribahasa yang dapat ku pelajari :

Memetik Kecapi Bertali Sumbang
Seperti Serunai Berbunyi Gambang

yang bermaksud : Kata-kata yang tidak jelas akan menimbulkan salah faham..

Salam Kemaafan