Sunday, January 03, 2010

Jalan-Jalan Jakarta - Episod 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

25/12/2009


Seawal jam 6 pagi dah bangun tidur, solat Subuh dulu kemudian bersiap-siap untuk berangkat ke Airport. Mujur juga abang iparku yang bekerja pada hari itu, sudi mengantar kami ke stesen sentral. Dari situ kami menaiki bas untuk ke LCCT. Tidak sampai 1 jam bas sudah pun tiba di perkarangan airport. Melihatkan masih awal untuk check-in, maka kami mengambil keputusan utk bersarapan + makan tengahari kononnya di Marry Brown. Memesan set chicken burger dan fillet o fish. Terkejut juga apabila telah mendapat pesanan..set makanannya 'kecil bangat deh' maka kami memesan lagi set ayam goreng (pun kecil jg) rasa tk berbaloi aje dengan harga yg dibayar 'lumayan lagi kalo makan di KFC atau McDonalds'.

Setelah mengisi perut, kami segera mendaftar. Mujur juga tidak dikenakan bayaran tambahan utk bagasi (rasanya berat juga kerana kami membawa ole2 utk saudara di sana)

Jam 1 ptg kami telah bersiap menunggu di depan gate utk menaki pesawat. Ramai juga orang yang berpergian pada hari itu. Aku mengambil tempat di tepi tingkap..biar senang mengambil gambar awan (utk ditunjukkan pada teman Jillian De Dill yang gemarkan awan..hehehe)


Sewaktu flight attandance menolak troli berisi makanan + minuman, terasa lapar pula. maka aku memesan chicken sandwich dan old town white coffee.

Perjalanan ke Suekarno Hatta Airport yang memakan masa sepatutnya 2 jm 15min, telah tiba awal 20minit dari masa jangkaan. Wah, bagus sungguh!

Selepas pemeriksaan kastam, kami berjalan keluar dan meninjau mencari adik sepupu yang baru pertama kali ingin bersua. Berdasarkan gambar yang dilihat melalui fesbuk, mata masing2 melilau mencari ke segenap arah. Nah, di tepi pagar berdiri seorang gadis manis kecil molek. Dia kelihatan resah menunggu sambil matanya melirik sesiapa sahaja yang keluar dari pintu ketibaan. Kami melambainya dan dia kelihatan 'cuek' aje...namun setelah ditegur barulah dia tersenyum. Kami bersalaman dan bertukar2 pelukan.

"Kak, kok keluarnya di pintu situ, ngak dari sini?" soalnya yang kebingungan.
"Ada 2 pintu keluar. Kami keluar lewat pintu sana" jawabku.
"Udah yok. Kita keluar dulu" ajaknya.

Kami keluar dari airport dan menanti bas yang akan membawa kami ke Jakarta Selatan. Perjalanan dari airport ke stesen bas memakan masa hampir 1 jam. Dari setesen bas, kami menaiki angkutan kota atau singkatannya 'angkot'. Setengah jam kemudian, kami sampai di pekan 'Ciputat'. Kami turun di sini dan mengambil taksi dari sini. Sampai di rumah sepupuku di Villa Inti setengah jam kemudiannya. Fuh, penatnya sungguh tak terkata. Bertukar2 kenderaan dan jalan yang sesak memang merimaskan!


Malam itu kami makan malam di rumah makcikku yang tidak jauh dari rumah penginapan kami sepanjang seminggu di Jakarta. Itulah pertama kali kami bersua, dan bertukar-tukar cerita.

p/s: semua orang kata aku 'gedek' yg bermaksud 'besar'. Hahaha..kalau nak dibandingkan dengan orang Jakarta (sepupu2ku contohnya) memang mereka kecil2 orangnya...jadi nampaklah aku mcm besar (tinggi pulak tu dari mereka) tapi...rasa aku, aku tkderlah 'besar' pun kan :)

No comments: