Monday, January 04, 2010

Jalan-Jalan Jakarta - Bandung - Episode 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

26/12/2009



Kami bangun pagi lagi pada hari berikutnya. Solat dan bersiap-siap untuk ke Bandung. Sebelum itu, kita sarapan dulu! Sepupuku Nia telah membeli sarapan enak iaitu 'Nasi Uduk'. Nasi uduk ni rasanya enak..nasinya seakan nasi minyak..dimakan bersama bakwan, keropok dan sedikit sambal.
Selesai bersarapan, kami berangkat ke stesen bas dengan menaiki Angkot. Perjalanan lebih kurang 15 minit. Sampai di stesen bas kami membeli tiket utk utk ke Bandung. Tiket berharga rp75,000 seorang (lebih kurang RM30) Kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta Bimo (seakan MPV), disajikan dengan pemandangan yang menarik selama lebih kurang 3jam perjalanan.


Sampai di kota Bandung, kami turun dari bas dan bercadang mahu ke Tangkuban Perahu. Kami diberitahu oleh penduduk di situ supaya menaiki Angkot ke Lembang. Kami berhenti makan di sini. Kat sini rasanya makanan sunda yang best. Makan sampai bertambah. Lauk yang simple tapi mungkin kerana di masak panas2 maka terasa sedapnya..lagipun perut dh lapar giler (maklumlah pukul 3 lebih baru nk makan tengahari)



Dari sini, kami menaiki angkot sekali lagi. Cadangnya nak naik ke Puncak dan melawat Tangkuban Perahu. Di tepi jalan byk makanan yang enak dan unik ada di jual. Kami pun mencuba tapai bakar yang ditaburkan manisan di atasnya. Sedap!
Yang paling best adalah strawberry dan blueberry segar..harganya pun murah.


Sebelum menaiki Angkot, kami di datangi oleh seorang penjual barangan cenderamata;

"Beli mbak..gantungan kuncinya" tegurnya.
"Tima kasih. Nanti-nanti aja dibeli di sana" ujarku..bermaksud akan membeli apabila tiba di Tangkuban Perahu atau di Puncak.
"Tapi di sana nanti jualnya pasti mahal mbak. Beli aja di sini dulu" gesanya lagi.
Aku hanya menggeleng. Tapi kakak aku sempat uga membeli segugus gantungan kunci.

Kami menaiki Angkot tanpa bertanya harga dulu...di dalam itu hanya kami bertiga sahaja (ppuan pula tu). Udara sejuk mula menerpa menggigit tulang hitam. Jalan yang bengnkang begkok serta berkabus agak menghadkan pemandangan. Cerita punya cerita ttg Tangkuban Perahu serta bayaran masuk..entah bagaimana sepupuku memberitahu pemandu dan kelindan Angkot bahawa kami datang dari Jakarta dan Malaysia. Nah, di sini tiba-tiba kelindan itu bersuara;

"Kalau orang Malaysia, harganya lain" katanya.
"Ha??" ujar kami hampir serentak.
Aku hanya mencebek. Memang dasar mencari keuntungan lebih. Mereka ingat orang malaysia ni kaya-kaya agaknya. Bila tahu pelancong itu dari Malaysia, sesuka hati nak ubah harga.

No comments: