Tuesday, January 26, 2010

Jalan - Jalan Bandung - Episod 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

26/12/2009

Angkut yang kami naiki menerangkan bahawa masa lawatan di Tengkuban Perahu adalah sehingga jam 6ptang. Aku melihat jam di tangan, tidak sampai satu jam lagi untuk mencecah ke angka 6. Mesti tak sempat nak merayau2 dan berposing2, pikir kami. Maka kami mengambil keputusan untuk terus ke Ciater mencari tempat menginapan dengan harapan esok pagi2 kami akan ke Tengkuban Perahu.

Driver dan kelindan angkut menurut arahan kami. Kemudian mereka berkata sesuatu yang membuatkan aku rasa mahu berpatah balik sahaja

"Kalau sudah sampai di Ciater, nggak ada kenderaan mahu keluar dari situ" beritahu kelindan angkut.
Aku sudah menepuk dahi. Kenapalah dia tak beritahu awal2, kalau tidak, boleh juga paksa dia ke Tengkuban perahu kerana memang dalam agendaku harus ke Tengkuban Perahu.

"Iya, tapikan bisa di chater kami mbak. Kalau mbak mahu, bisa besok kami jemput" ujarnya lagi.
"Berapa ongkosnya?" tanya sepupuku.
"Yah, sekitar Rp400,000 seorang"
"Kok, mahal kali bang. Kan dekat. Berapa harga jadinya bang" tawar sepupuku lagi.
"Yah, memang segituan. Soalnya pulangnya nanti kosong mbak" mereka masih tetap dengan pendirian mereka.
"Ya udah kalau begitu. Kami cari alternatif lain aja"
"Kenderaan memang nggak ada. Ambil aja nomor telfon kami. Kalau mau dijemput telfon aja" ujarnya masih berbasa basi.

Setelah menyimpan nombor telefon kelindan itu, kami di hantar di ciater, di sepanjang jalan menuju ke Ciater, terdapat banyak juga tempat menginapan. Namun kami masih terasa seram juga mahu tinggal di chalet yang tidak dipastikan keselamatannya apatahlagi jika penghuninya semuanya wanita. Lantas kami dibawa ke hotel Seri Ater.

Sampai di sini, sekali lagi aku rasa mahu terduduk. Manakan tidak, sewa hotel yg paling murah (kemudahan basic sahaja) harganya <>Rp1,000,000. Kami masing-masing berpandangan. Perjalanan masih jauh, sedangkan di poket masing-masing duit hanya sedikit. Mentari sudah mula mahu membenamkan wajahnya di pelukan bumi, mahu atau tidak kami terpaksa juga menginap. Maka fikir punya fikir demi keselamatan, terpaksa juga kami menginap di hotel berharga 1juta!!!! Mujur kakakku sudah membuat persiapan awal sebelum kami ke Jakarta. Kredit kadnya menjadi mangsa!

Sebagai tetamu hotel, kami diberi tiket untuk masuk ke Ciater 24 jam. Tapi apa gunanya kerana kami tibanya sudah malam, segala macam permainan yang ada telah pun tutup. Cuma main air doang!

Setelah solat asar, kami berjalan ke Ciater. Melihat2 apa yang menarik atau mencari buahtangan utk di bawa ke Malaysia. Tidak banyak yang kami beli di sini. Aku tertarik mahu membeli key chain. Ternyata benar apa yg dikata penjual di Lembang. Di sini byk key chain yg telah habis dah harganya lebih mahal! Namun utk tidak mengecewakan diri sendiri, aku membeli juga segugus buat cenderahati utk teman2 (sampai sekarang masih belum bagi lagi hehehe)

Kami ke hotel semula apabila yakin sudah masuknya waktu mahgrib. Setelah bergilir2 solat, aku dan sepupuku ke Kafeteria untuk menikmati makan malam. Memandangkan voucher hanya utk 2 org sahaja, maka salah seorang dari kami terpaksa berkorban. Sampai di lobby, kami dibawa oleh pihak hotel menaiki transit ke Cafe. Pemandangan yang cantik namun makanannya ternyata mengecewakan. Setelah menghabiskan masa lebih kurang setengah jam, kami pulang. Setelah itu bersama-sama kami keluar menuju ke Ciater. Melihat air kolam yang besar dan pelbagai itu, hilang sedikit rasa terkilan. Panorama yang indah di Air Terjun Curog Jodo. Kata kakakku semoga bertemu jodoh di sini hahaha.....

Melihat orang mandi manda timbul keinginan utk turut sama menikmati kesegaran air panas. Merasakan pakaian kami kurang sesuai, kami merayau mencari pakaian basahan. Setelah membeli seluar pendek dan legging, maka kami kembali ke hotel semula dan bersalin pakaian. Setelah itu turun semula ke kolam air panas. Terasa nyaman apabila kaki menyentuh dasar air kolam. Hangat! kami pun mulakan sesi berposing & bergambar hehehe.

Dari kolam kecil kami ke air pancutan buatan. Whua..di sini lebih enak. Terjerit-jerit kami apabila air hangat dari pancuran menyentuh tubuh. Tiba-tiba kakakku berkata sesuatu yang membuatkan aku terkejut

"Weh, jom keluar dari sini. Aku nampak komodo" jerit kakakku.
"Mana??" aku ikut terjerit.
"Tu.." tuding kakakku ke arah komodo yang melepak di batu.
Adus..spoil sungguh. Terasa geli geleman pula. Kami berlalu keluar. Terpaksa juga melewati komodo itu. Ternyata air di tempat komodo itu sejuk! Patutlah ia selesa di situ.

Kami ke kolam  lain. Mahu sahaja meletakkan kaki datanglah sekumpulan lelaki terus mendahului kami. Hishh..nak marah pun tk boleh. Itukan kawasan awam. Maka kami mengambil keputusan menukar pakaian dan berjalan-jalan sahaja di situ.

Setelah puas mengambil gambar, kami masuk ke Cafe Sunan. Hehehe, teringat akan kisah Laksamana Sunan dalam siri Bagaikan Puteri oleh RAM. Kami memesan makanan sambil menikmati live band. Seronok melihat pengunjung menari di lantai tarian. Seorang lelaki mendekati kami, mengalu-alukan kedatangan kami dan mengajak kakakku menari. Hehehe..

Merangkak ke pagi, kami pulang ke hotel kerana esok pagi2 kami harus berangkat. Menurut penjual di situ (kami sempat menebual mereka untuk bertanyakan arah. Mujur mereka semua peramah). Kami merasa lega kerana diberitahu bahawa bas yang akan turun ke Bandung ada lalu di jalan besar jam 9 pagi. Kami terpaksa menaiki bas. Lupa pula nk beritahu, tambang kami menaiki angkut dari Lembang ke Seri Ater, Rp 40,000 seorang. Mak aii..aku mengutuk dalam hati. cekik darah sungguh mereka ini. Melihat kami masih lagi mahu tawar menawar maka dia menurunkan harga ke Rp30,000. Pun masih lagi kami enggan. Namun melihat mereka juga tidak mahu mengalah, maka terpaksalah kami membayar Rp90,000.

27/12/2009

Pagi besoknya, setelah solat Subuh, kakakku dan sepupuku bersarapan. Harus bergilir dengan aku. Huhuhu..laparnya perut waktu itu.

Kemudian kami keluar dari hotel dan terpaksa menapak menaiki bukit untuk ke jalan besar! Adus, bagaimana sedangkan kami bertiga memakai kasut tumit tinggi? Hehe..mujur pertanyaan itu terlintas ketika kami di dalam hotel lagi. Maka kami membawa keluar selipar yang disediakan di dalam bilik. Menapak ke atas, terasa berpeluh juga, namun masih nyaman kerana hari masih pagi dan mata dijamu dengan pemandangan kebuh teh yang menghijau. Sebenarnya ada kenderaan yang dipanggil 'Ojek' iaitu menunggang motor bersama empunya motor. Mereka bersiap sedia membawa anda ke mana sahaja. Namun kami gerun juga. Risikonya? Kita tak boleh sesuka hati mempercayai orang. Bagaimana kalau ketika menunggang. mereka melarikan motor ke tempat yg bukan2? hish...

Bas tiba pada waktunya. Namun aku terasa sedih kerana rancangan untuk ke Tengkuban Perahu dan Puncak terbatal dengan sendirinya memandangkan budget yg harus dikawal dan mengejar masa untuk mendapatkan tiket keretapi!

Sampai di Bandung, kami singgah sebentar di Pasar Baru. Wah, memang seronok membeli belah di sini. Tidak banyak yang kami beli di sini. Hari semakin meninggi, kami terus ke Stesen Keretapi. Mujur masih ada lagi tiket ke Jakarta. Harganya? Hmm..Rp50.00 (lebih kurang RM20.00)> Perjalanan agak selesa di tambah pemandangan yang menghijau.

Untuk mengisi waktu yang terluang di dalam keretapi, kakakku melihat2 gambar yang kami ambil semasa di Bandung. Tiba-tiba dia mengunjukkan kamera padaku dan menyuruh aku melihat dengan jelas apa yang aku nampak. Aku cuba zoom pada gambar tersebut dan zurrr...berderau darahku kerana melihat objek misteri yang 'menumpang' di dalam gambar tersebut, betul2 di belakangku. Adus..kami membuat perbandingan dengan gambar yang lain dan ternyata memg tiada apa yang sepatutnya mencurigakan. Bayangan itu masih menjadi sebuah misteri yang tak terungkai...

28/12/09

Aktiviti tidak banyak hari ini kerana sepupuku telah mula bekerja. Dengan sepupu yang seorang lagi, pagi itu kami berjalan ke pasar dan Mall sambil menikmati makanan yang enak iaitu Soto Betawi. Hmm...sedap!


29/12/09

Sejak dari pagi kami menanti makcik ku yang akan membawa kami ke Jakarta pusat untuk melawat saudara yang ada di sana. Tengahari kemudian baru makcikku sampai. Rupanya perjalanan dari Jakarta pusat ke bandar Ciputat agak jauh..lebih kurang satu jam perjalanan kalau tidak macet (sesak)

Kami bermalam di rumah Mak Awal (adik ibuku). Inilah pertama kali kami bersua dengan semua saudara di sana. Terasa betapa jauhnya jarak kami. Entah bila peluang akan menjelma semula. Menurut makcikku..tempat tinggalnya ini berdekatan dengan tmpt lawatan yang terkenal di Jakarta..Anchol. Tugu Monas..kebun binatang dan bermacam2 lagi. Kami hanya mampu mendengar kerana waktu yang terbatas menghadkan perjalanan kami. Dalam hati sudah memasang azam bahawa suatu hari nanti kami pasti akan ke sini lagi.

Yang paling mengharukan apabila kami melawat keluarga sepupu ibuku. Pak Rayo (suami kepada sepupu ibuku) telah memberi kami wang jajan. Byk juga jumlahnya. Terharunya. Bukankah sepatutnya kami orang muda yang harus memberi orang yang lebih tua? Bila dihulurkan padanya..dia tk mahu menerima. Terima Kasih Pak Rayo. Alhamdulillah, dengan duit itulah kami membayar airport tax. Tak sangka airport tax di Jakarta jauh lebih mahal berbanding Medan.

30/12/09

Pagi selepas bersarapan, kami ke pasar dan menunggu sepupuku dari Ciputat datang menjemput kami. Rencananya kami mahu ke Tanah Abang. Shopping Time! Wah..memang seronok di Tanah Abang. Pelbagai jenis barangan ada di jual di sini. Memang untung kalau peniaga memborong di sini kerana mereka menjual secara pukal dan harganya memang murah!

Petang merangkak ke malam kami sampai di rumah. Melepaskan lelah dan bersiap sedia menyiapkan barang-barang yang mahu dibawa pulang ke Malaysia kerana kami akan pulang petang esoknya. Malam itu kami sekeluarga berkumpul dan bercerita. Terasa sayu pula mahu meninggalkan segala kenangan di sini.

31/12/09

Sekitar jam 2 petang, Abang Indoyama (Abang sepupuku) menjemput kami untuk dihantar ke airport. Sedihnya apabila terpaksa berpamitan dengan keluarga yang tinggal. Entahkan bila dapat bersua lagi.

Jadual penerbangan sepatutnya jam 5 petang telah tertunda sebanyak 3 kali. Kami yang menanti terasa gelisah. Para penumpang sudah mula bersungut2 dan ada yang hilang kawalan emosi. Kenapalah Air Asia selalu macam ni!

Kami diberi makan malam percuma (konon nak memujuk hati kerana kelewatan) tapi keletihan menunggu itu terasa mencabar. Lebih kurang jam 10 malam baru kami menaiki kapalterbang. Dengan perjalan hampir 2 jam, maka bertahun barulah kami di atas awan, ditemani oleh bintang2 berkelipan.

Alhamdulillah kami sampai di Malaysia dengan selamatnya. Hmmm...lepas ni nak pergi ke mana pula ya memandangkan Air Asia memberi kami E-voucher untuk di redeem sebagai tanda mohon maaf atas kelewatan yang mereka tidak sengajakan (yeke?)

Terima kasih kepada semua keluarga Di Jakarta! Jika diizinkan Allah, kita akan bersua kembali. Insya Allah.

Monday, January 04, 2010

Jalan-Jalan Jakarta - Bandung - Episode 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

26/12/2009



Kami bangun pagi lagi pada hari berikutnya. Solat dan bersiap-siap untuk ke Bandung. Sebelum itu, kita sarapan dulu! Sepupuku Nia telah membeli sarapan enak iaitu 'Nasi Uduk'. Nasi uduk ni rasanya enak..nasinya seakan nasi minyak..dimakan bersama bakwan, keropok dan sedikit sambal.
Selesai bersarapan, kami berangkat ke stesen bas dengan menaiki Angkot. Perjalanan lebih kurang 15 minit. Sampai di stesen bas kami membeli tiket utk utk ke Bandung. Tiket berharga rp75,000 seorang (lebih kurang RM30) Kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta Bimo (seakan MPV), disajikan dengan pemandangan yang menarik selama lebih kurang 3jam perjalanan.


Sampai di kota Bandung, kami turun dari bas dan bercadang mahu ke Tangkuban Perahu. Kami diberitahu oleh penduduk di situ supaya menaiki Angkot ke Lembang. Kami berhenti makan di sini. Kat sini rasanya makanan sunda yang best. Makan sampai bertambah. Lauk yang simple tapi mungkin kerana di masak panas2 maka terasa sedapnya..lagipun perut dh lapar giler (maklumlah pukul 3 lebih baru nk makan tengahari)



Dari sini, kami menaiki angkot sekali lagi. Cadangnya nak naik ke Puncak dan melawat Tangkuban Perahu. Di tepi jalan byk makanan yang enak dan unik ada di jual. Kami pun mencuba tapai bakar yang ditaburkan manisan di atasnya. Sedap!
Yang paling best adalah strawberry dan blueberry segar..harganya pun murah.


Sebelum menaiki Angkot, kami di datangi oleh seorang penjual barangan cenderamata;

"Beli mbak..gantungan kuncinya" tegurnya.
"Tima kasih. Nanti-nanti aja dibeli di sana" ujarku..bermaksud akan membeli apabila tiba di Tangkuban Perahu atau di Puncak.
"Tapi di sana nanti jualnya pasti mahal mbak. Beli aja di sini dulu" gesanya lagi.
Aku hanya menggeleng. Tapi kakak aku sempat uga membeli segugus gantungan kunci.

Kami menaiki Angkot tanpa bertanya harga dulu...di dalam itu hanya kami bertiga sahaja (ppuan pula tu). Udara sejuk mula menerpa menggigit tulang hitam. Jalan yang bengnkang begkok serta berkabus agak menghadkan pemandangan. Cerita punya cerita ttg Tangkuban Perahu serta bayaran masuk..entah bagaimana sepupuku memberitahu pemandu dan kelindan Angkot bahawa kami datang dari Jakarta dan Malaysia. Nah, di sini tiba-tiba kelindan itu bersuara;

"Kalau orang Malaysia, harganya lain" katanya.
"Ha??" ujar kami hampir serentak.
Aku hanya mencebek. Memang dasar mencari keuntungan lebih. Mereka ingat orang malaysia ni kaya-kaya agaknya. Bila tahu pelancong itu dari Malaysia, sesuka hati nak ubah harga.

Sunday, January 03, 2010

Jalan-Jalan Jakarta - Episod 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

25/12/2009


Seawal jam 6 pagi dah bangun tidur, solat Subuh dulu kemudian bersiap-siap untuk berangkat ke Airport. Mujur juga abang iparku yang bekerja pada hari itu, sudi mengantar kami ke stesen sentral. Dari situ kami menaiki bas untuk ke LCCT. Tidak sampai 1 jam bas sudah pun tiba di perkarangan airport. Melihatkan masih awal untuk check-in, maka kami mengambil keputusan utk bersarapan + makan tengahari kononnya di Marry Brown. Memesan set chicken burger dan fillet o fish. Terkejut juga apabila telah mendapat pesanan..set makanannya 'kecil bangat deh' maka kami memesan lagi set ayam goreng (pun kecil jg) rasa tk berbaloi aje dengan harga yg dibayar 'lumayan lagi kalo makan di KFC atau McDonalds'.

Setelah mengisi perut, kami segera mendaftar. Mujur juga tidak dikenakan bayaran tambahan utk bagasi (rasanya berat juga kerana kami membawa ole2 utk saudara di sana)

Jam 1 ptg kami telah bersiap menunggu di depan gate utk menaki pesawat. Ramai juga orang yang berpergian pada hari itu. Aku mengambil tempat di tepi tingkap..biar senang mengambil gambar awan (utk ditunjukkan pada teman Jillian De Dill yang gemarkan awan..hehehe)


Sewaktu flight attandance menolak troli berisi makanan + minuman, terasa lapar pula. maka aku memesan chicken sandwich dan old town white coffee.

Perjalanan ke Suekarno Hatta Airport yang memakan masa sepatutnya 2 jm 15min, telah tiba awal 20minit dari masa jangkaan. Wah, bagus sungguh!

Selepas pemeriksaan kastam, kami berjalan keluar dan meninjau mencari adik sepupu yang baru pertama kali ingin bersua. Berdasarkan gambar yang dilihat melalui fesbuk, mata masing2 melilau mencari ke segenap arah. Nah, di tepi pagar berdiri seorang gadis manis kecil molek. Dia kelihatan resah menunggu sambil matanya melirik sesiapa sahaja yang keluar dari pintu ketibaan. Kami melambainya dan dia kelihatan 'cuek' aje...namun setelah ditegur barulah dia tersenyum. Kami bersalaman dan bertukar2 pelukan.

"Kak, kok keluarnya di pintu situ, ngak dari sini?" soalnya yang kebingungan.
"Ada 2 pintu keluar. Kami keluar lewat pintu sana" jawabku.
"Udah yok. Kita keluar dulu" ajaknya.

Kami keluar dari airport dan menanti bas yang akan membawa kami ke Jakarta Selatan. Perjalanan dari airport ke stesen bas memakan masa hampir 1 jam. Dari setesen bas, kami menaiki angkutan kota atau singkatannya 'angkot'. Setengah jam kemudian, kami sampai di pekan 'Ciputat'. Kami turun di sini dan mengambil taksi dari sini. Sampai di rumah sepupuku di Villa Inti setengah jam kemudiannya. Fuh, penatnya sungguh tak terkata. Bertukar2 kenderaan dan jalan yang sesak memang merimaskan!


Malam itu kami makan malam di rumah makcikku yang tidak jauh dari rumah penginapan kami sepanjang seminggu di Jakarta. Itulah pertama kali kami bersua, dan bertukar-tukar cerita.

p/s: semua orang kata aku 'gedek' yg bermaksud 'besar'. Hahaha..kalau nak dibandingkan dengan orang Jakarta (sepupu2ku contohnya) memang mereka kecil2 orangnya...jadi nampaklah aku mcm besar (tinggi pulak tu dari mereka) tapi...rasa aku, aku tkderlah 'besar' pun kan :)

Saturday, January 02, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Tahun berganjak lagi. Sudahkah tercapai segala apa yang diinginkan pada tahun 2009? Atau kita sekadar tidak ambil tahu. Tidak mempedulikan tentang azam yg sering dikatakan orang. Atau sekadar menjadi pengikut dan pendengar sahaja sedangkan diri sndiri terumbang ambing tanpa arah tujuan?

Semoga tahun 2010 ini akan menjadikan kita manusia yang tamak dalam mengejar keredhaanNya. Tamak dalam mencari kesimbangan hidup berlandaskan aturan-aturan Islamiah.

SELAMA TAHUN BARU