Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal Gege

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam pagi aku terima pesanan ringkas dari kakakku mengatakan kucing aku yang tinggal satu-satunya telah pergi meninggalkan kami kerana dilanggar motor. Ya Allah, saat itu hatiku rasa melayang, tanganku mula menggigil dan mata sudah mula berair.. oh tidak!!! terasa seperti ingin menjerit!! 

Ku cuba gagahkan diri menahan airmata dari mengalir namun tewas juga.. mood aku turut pun berubah sama. Kwn2 pun menegur tapi entahlah...terasa semangat dibawa pergi sekali. Gege adalah satu2nya generasi Noe yang tinggal. Seluruh perhatian dan kasih sayang aku berikan padanya. Ia sangat comel dan manja.

Setiap pagi Gege akan menunggu di luar bilikku dan saat aku membuka pintu bilik, Gege akan datang bermanja di kakiku dan seperti biasa aku akan memeluknya dan menciumnya. Begitu juga apabila aku pulang ke rumah. Sewaktu memarkir kereta Gege akan sentiasa berada di depan pintu menanti aku. Sebaik sahaja kakiku melangkah ke dalam rumah, Gege akan mengekoriku sehingga ke bilik. Gege yang manja, Gege yang comel, Gege yang bijak...kini semua itu hanya tinggal kenangan.... (Y__Y)

Terasa aku seperti tidak mahu mencari pengganti Gege lagi. Sudah nekad dalam hati aku tidak mahu menerima kucing lagi melainkan kucing itu datang sendiri atau mungkin juga kucing yang ku temui di tepi jalan. Namun buat masa ini, aku masih dalam kesedihan......

Tuesday, December 28, 2010

Teater Siti Di Alam Fantasi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Cuti akhir tahun sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Kerana tidak membawa anak2 buah ke mana-mana seperti cuti semester sebelumnya, maka aku dan kak long telah membuat rancangan membawa mereka menonton teater Siti Di Alam Fantasi.

Maka, semalam selepas sahaja waktu kerja tamat, aku tergesa2 pulang ke rumah, membersihkan diri dan bersiap. Menjelang maghrib, kak long bersama anak2 buah menjemput aku. Syukur lalulintas lancar sahaja. Sampai di sana, kami segera mengambil tiket dan menunaikan solat maghrib. Sesudah itu terus masuk ke panggung menanti tayangan bermula.

Sepanjang tayangan berlangsung, anak2 yang hadir pada malam itu sungguh seronok menyaksikan teater ini. Aku juga turut kagum dengan penataan cahaya, latar belakang yang digunakan. Sangat menarik dan menghiburkan.

Apapun, yang penting mereka enjoy the show (so tk bolehlah mereka nk komplen lagi heheh). Siap ambil gambar dan tandatangan pelakon kesukaan mereka. Namun aku kelaparan sebab selesai sahaja sesi tandatangan kami terus pulang memandangkan anak2 tak berapa sihat...

Teater Siti Di Alam Fantasi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Cuti akhir tahun sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Kerana tidak membawa anak2 buah ke mana-mana seperti cuti semester sebelumnya, maka aku dan kak long telah membuat rancangan membawa mereka menonton teater Siti Di Alam Fantasi.

Maka, semalam selepas sahaja waktu kerja tamat, aku tergesa2 pulang ke rumah, membersihkan diri dan bersiap. Menjelang maghrib, kak long bersama anak2 buah menjemput aku. Syukur lalulintas lancar sahaja. Sampai di sana, kami segera mengambil tiket dan menunaikan solat maghrib. Sesudah itu terus masuk ke panggung menanti tayangan bermula.

Sepanjang tayangan berlangsung, anak2 yang hadir pada malam itu sungguh seronok menyaksikan teater ini. Aku juga turut kagum dengan penataan cahaya, latar belakang yang digunakan. Sangat menarik dan menghiburkan.

Apapun, yang penting mereka enjoy the show (so tk bolehlah mereka nk komplen lagi heheh). Siap ambil gambar dan tandatangan pelakon kesukaan mereka. Namun aku kelaparan sebab selesai sahaja sesi tandatangan kami terus pulang memandangkan anak2 tak berapa sihat...

Yang Terindah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


~~ Sekadar gambar hiasan ~~

Hari baru, dunia baru.....

Alhamdulillah, aku telah selamat menjadi tunangan orang pada minggu lepas. Majlis sederhana yang diadakan di rumah aku berlangsung dengan meriah dan lancar seperti yang dirancang.

Kesibukan aku menyiapkan barangan hantaran dan debaran menanti saat2 majlis berlangsung, terbalas akhirnya dengan perjalanan majlis yang indah ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada family serta rakan2 terutamanya Kak Shazila yang datang dari Perak - yang menggigil tangannya kerana nak membuatkan sentuhan ke wajahku hehehe. Hasilnya? Hmm.. memuaskan, namun tak sempat nak membuat final touch sebab aku dh tergesa2 keluar dari bilik (al-maklumlah dah 2 kali dipanggil untuk disarung cincin). Dan Kasih, teman sedari kecil, terima kasih kerana sudi membantu aku membuat coklat untuk hantaran. Sayang you all!!

Harapan aku, semoga ikatan pertunangan ini akan diakhiri dengan majlis pernikahan antara aku dan dia. Semoga Allah merahmati perjalanan hubungan kami hingga ke hujung nyawa..amin.

Buat teman-teman yang tidak dijemput ke majlis pertunangan ini, sepuluh jari kususun memohon kemaafan kerana majlis ini sememangnya dibuat hanya sederhana, family dan kawan2 terdekat sahaja yang diundang. Insya Allah, majlis pernikahan nanti, pasti kalian semua akan kujemput.

Semoga doa kalian mengiringi perjalanan kami...

Wednesday, December 15, 2010

Khasiat - Surah Al-Kausar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita .

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.


Friday, December 10, 2010

SAKIT HATI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tak tahu dah nak luahkan pada siapa tapi mmg hati ini sangat sakit. Sakit hati pada orang yang tk paham bahasa ni. Bukan sekadar tak paham bahasa je, membaca pun tak reti agaknya.

Sudah berkali2 aku ckp jgn ganggu aku! Ckp secara baik pun tak paham, jangan sampai pulak nanti aku tercakap dengan cara yang kasar. Bukan bermaksud nak kurang ajar cuma mungkin itulah cara terakhir utk pahamkan orang yang macam ni.

Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk mencari sebuah kebahagian..amin

Wednesday, December 08, 2010

Cokelet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini contoh coklat berbentuk bunga ros

See? I told you..minggu yang sibuk. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi dah lama terperam maka aku citer cikit jelah yer..

Nak dijadikan cerita, weekend yg lepas, aku sibuk dengan errands yang harus dibuat. Wah banyaknya 'things to do' list. Apapun dalam masa 2 hari tu seharian jugaklah masa aku terisi dengan segala perkara. Yang penting aku puashati dengan hasilnya. Segalanya lancar Alhamdulillah.

Buat pertama kalinya, aku nak cuba buat cokelet. Setelah segala bahan-bahan aku sediakan dan pencetak segalanya semua ada bersama, pagi ahad nan indah aku mulakan aktiviti membuat cikelet aku. Senang sahaja rupanya. Thanks ya Kasih atas tunjuk ajar.

Bermacam bentuk aku cuba buat. Walaupun ada sedikit kekurangan pada percubaan ini namun keseluruhan hasilnya sungguh memuaskan. Tak sabar rasanya nak buat untuk hari ITU nanti... Semoga berjaya! Cahiyok!!

Jalan-Jalan Pangkor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dec 1, 2 & 3, company buat trip ke Pulau Pangkor. Tahun ni dalam Malaysia sahaja berbanding tahun lepas ke Bali. Hopefully next trip dapatlah ke luar negara lagi...weeee...~~

Apapun trip ni memanglah seronok. Nasib baik juga pergi ramai2. Aku rasa kat Pangkor tu agak boring jugaklah sebab tak banyak tempat yang boleh dilawati selain di pekan pangkor sajelah. Kalau saja2 nak pergi baiklah pergi ramai2 dan penuhi dengan aktiviti. Tempat macam ni sesuai untuk merehatkan minda atau berbulan madu..heeee~~

Pagi itu kami bertolak jam 6 pagi dari opis menaiki bas. Nasib baiklah aku terjaga jugak pagi itu kerana malam sebelumnya dating bersama Natrah. Kepala pun peninglah jugak kerana bangun di awal pagi hehehe...
cadang dalam bas nak tidur tapi tak boleh jugak sbb nak tengok pemandangan n asyik bercerita sahaja...

Suatu pagi aku duduk di beranda bilik hotel kami di tingkat 2. Konon nak mengambil angin pagi. Sedang aku duduk melihat pemandangan pagi nan indah itu..tetiba datanglah seekor kera lalu betul2 di belakang aku. Aku terperanjat dan segera masuk ke dalam bilik. Sempat jugak aku mengunci pintu. Melalui tingkap ku lihat kemudian datang pula 2 ekor kawan2 kera itu dan semuanya bertandang di balkoni bilikku. Seekor di tingkap sisi, seekor di tingkap depan dan seekor lagi bergayutan hahah.. Sempat jugak aku snap pictures kera2 ini yang sungguh lucu. Yang peliknya kera ini pun suka main nyorok2 (hahahah!!) Nak tahu? sbb bila ku tutup pintu, kera yang bergayut itu akan hilang di sebalik kayu. Bila ku buka pintu perlahan2, kera itu akan menunjukkan mukanya dengan aksi bergayut secara terbalik. Dua tiga kali juga aku buat begitu.. Heee ketawa dalam hati melihat aksi mereka....

Hari terakhir di Pangkor, kami mendaki bukit (jungle tracking). Sepatutnya semua staff yang seramai lebih kurang 30++ itu ikut sekali tapi pada pagi itu hanya 8 orang sahaja (7 ppuan dan seorang lelaki) Hmmm... alasan mereka yang tk pergi tu penatlah, sakit kakilah, takut pacatlah dan sebagainya. namun bagi aku satu kerugian kalau tk turut serta. Awal2 dah diberitahu oleh kerana cuaca hujan dan lembab, kemungkinan pacat itu merayap sangat besar. Apapun kami redah sahaja. Lebih kurang 1 jam kemudian, kami sampai ke bawah semula. Semua periksa kaki masing2. Haaaa, ambik! Dalam kasut punyalah besar2 pacat. menjerit jugalah. Ingatkan dah taburkan garam di kaki dan kasut pacat itu takut nak masuk tapi nampaknya ia tetap tak peduli..haishhhh!!!

Tak perlulah rasanya aku nk cerita panjang kat sini. Kalau yang dah pernah pergi korang tahulah camner seronoknya kat sana kan. Yang belum pernah pergi tu bolehlah pergi lepas nie..Cuti2 Malaysia.


Teater Natrah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagiku namun segalanya indah seperti yang dirancang.

30 November 2010, aku dan si dia telah pergi menonton teater Natrah musim ke-2 di Istana Budaya. Wah, nampaknya si dia juga semakin suka menonton teater (tapi katanya yang terpilih je..weee).

Seperti yang semua sedia tahu teater ini adalah berkisah tentang Natrah yang diserahkan oleh ibunya (seorang wanita inggeris) kepada seorang wanita Islam untuk dipelihara. Setelah Natrah membesar, maka berlakulah perebutan hak penjagaan di mana keluarga asal Natrah ingin menuntut anaknya semula sedangkan di waktu itu Natrah seorang muslim. Berlaku konflik perebutan...(begitulah lebih kurang hehehehe)

Apapun, bagiku teater ini menarik untuk ditonton. Lakonan hebat Maya karin, Sofea Jane, Umi Aida serta beberapa pelakon lain sangat berkesan. 

**** Aku sebenarnya tak reti sangat nak buat ulasan. Apapun kalau ada kesempatan, korang cuba2lah menyaksikan teater pulak yer. Lepas ni nak booking Siti Di Alam Fantasi pulak.. Jom ramai2!!

Teater Natrah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagiku namun segalanya indah seperti yang dirancang.

30 November 2010, aku dan si dia telah pergi menonton teater Natrah musim ke-2 di Istana Budaya. Wah, nampaknya si dia juga semakin suka menonton teater (tapi katanya yang terpilih je..weee).

Seperti yang semua sedia tahu teater ini adalah berkisah tentang Natrah yang diserahkan oleh ibunya (seorang wanita inggeris) kepada seorang wanita Islam untuk dipelihara. Setelah Natrah membesar, maka berlakulah perebutan hak penjagaan di mana keluarga asal Natrah ingin menuntut anaknya semula sedangkan di waktu itu Natrah seorang muslim. Berlaku konflik perebutan...(begitulah lebih kurang hehehehe)

Apapun, bagiku teater ini menarik untuk ditonton. Lakonan hebat Maya karin, Sofea Jane, Umi Aida serta beberapa pelakon lain sangat berkesan. 

**** Aku sebenarnya tak reti sangat nak buat ulasan. Apapun kalau ada kesempatan, korang cuba2lah menyaksikan teater pulak yer. Lepas ni nak booking Siti Di Alam Fantasi pulak.. Jom ramai2!!

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasanya masih belum terlambat utk aku ucapkan salam tahun baru buat semua umat Islam di dunia ini. Semoga buku baru kali ini akan ditulis dengan perkara yang baik2 dan berfaedah.

Semoga kita semua berjaya menjadi umat Islam dalam erti kata sebenarnya..amin

Friday, November 26, 2010

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku sangat terpanggil nak berkongsi dengan kalian petikan di bawah ini yang diambil dari link kawan di fesbuk. Sekadar renungan kita bersama.. peace ~~

********************


As-Salaamu ‘alaikum…


Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)


http://www.facebook.com/note.php?note_id=172999696053145&id=118477968200684

Monday, November 22, 2010

Batik Fun Walk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


21 Nov 2010, seawal jam 6 pagi aku dan bangun dan bersiap2 untuk ke stesyen komuter bagi menyertai program Batik Fun Walk 2010 anjuran Yayasan Budi Penyayang. 

Kami seramai 7 orang menunggu tren untuk ke stesyen Putra. Pendaftaran bermula seawal jam 7 pagi. Huhu, lambat juga akhirnya kami sampai. Tapi tak mengapalah, yang penting kami sempat sampai sebelum acara  bermula namun terlepas juga sesi awal warming up bersama Linda Jasmin. 

Kami diberi sehelai batik lepas setiap seorang dan juga goodie bag yang mengandungi makanan dan minuman. Kerana masa yang terhad, tidak dapatlah kami memerah idea dalam masa yang singkat itu. Sudahnya kami berjalan dengan kain batik yang diselempang di bahu sahaja. Nasib baik juga aku membawa kain pario batik (hehehe memang sengaja dibawa), kak long pula membawa baju sleeveless batik dan anak2 buah juga memakai baju batik siap masing2. Hehe bolehlah dikategorikan meriah juga. 

Perjalanan harus melalui 5 check points yang telah ditentukan sepanjang jalan. Wah, berpeluh juga tapi kepenatan kurang terasa kerana sambil berjalan kami berbual dan sesekali bergambar hehehe..

Sampai di garisan penamat, kami berehat sebentar sebelum acara cabutan nombor bertuah diadakan. Acara sampingan adalah nyanyian dari pelajar2 Akedemi Fantasia seperti Maulana, Dauz, Mila dan Stacy. Pengacaranya merupakan peserta Raja Lawak (Hehe sorrylah aku tk berapa nak tahu nama mereka sebab aku kureng sikit hal2 sebegini). Anak2 buah bukan main seronok bergambar dengan mereka. Akulah yang menjadi photographer pada hari itu. Lagipun aku memang tidak berapa minat nak bergambar dengan artis (wah, mesti ramai yang berbulu dengan statement aku ni) kecuali kalau artis kesayangan aku seperti Anuar Zain atau Faizal Tahir ataupun Maher Zain..(^___^)

Sungguh hampa kerana aku langsung tidak bertuah hari itu, tiada langsung cabutan yang menaikkan nombor aku namun Khairul, salah seorang ahli kumpulan aku sangat bertuah, nombornya naik utk cabutan grand prize ~ TV LCD 32' tu...wahhh sangat jeles! Apapun Tahniah to Kerol dan terima kasih kerana belanja kami makan Pizza sempena kemenangan besar itu.

Sebelum balik sempat pula kami ke The Mall berjalan2 mencuci mata dan aku sempat jugak membeli 2 naskah novel english..heeee walaupun budget tak berapa nk mengizinkan...

Keseluruhannya acara ini sungguh seronok walaupun penat...

Sunday, November 21, 2010

Perihal Tandas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Mungkin ada yang sedia maklum bahawa 19 November adalah hari Tandas Sedunia. Mungkin ada juga yang mencemuh atau menjadikannya bahan gurauan kerana tandas adalah suatu tempat yang kotor, mengapa mesti dijadikan seperti hari peringatan pula. Seberapa kerapkah anda ke tandas dalam sehari? Tanpa kita sedar tandas adalah tempat yang memang selalu akan dilawati hehhe...

Kalau tandas di rumah sendiri, sudah tentulah kebersihannya terjaga. Tapi tandas awam pula bagaimana? Yang manakah pilihan anda ~ Antara tandas yang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM1 tapi di dalamnya sungguh bersih, berbau harum dan lengkap dengan peralatan DAN tandas yang hanya dikenakan RM0.30 untuk masuk tetapi berbau hancing, kotor dan tiada kelengkapan seperti tisu dan sabun tangan? 

Kalau aku, sudah tentu aku memilih keadaan yang selesa walaupun terpaksa mengeluarkan bayaran yang rasanya melampau untuk masuk ke sebuah tandas.

Siang tadi, aku ke tandas awam dan membayar RM0.30 tapi keadaan di dalamnya tidak berapa selesa..dengan bau yang tidak menyenangkan, paip juga tidak semuanya berfungsi dengan baik dan yang paling aku tidak suka TISU tak ada. Aku terpaksa keluar semula dan meminta tisu kepada penjaga tandas. Rupa2nya tisu hanyalah disediakan di luar dan sudah dipotong2 dan dilipat. Berbaloikah dengan bayaran yang dikenakan????

Tapi aku hairan kerana ada juga setengah kompleks yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk namun kualiti tandasnya sangat terjamin dan selesa.

Jadi, dalam hal ini, siapakah yang harus memainkan peranan penting?? Sebagai pengguna sudah tentu kita mahukan yang terbaik tapi dalam masa yang sama kita juga harus memainkan peranan dalam mencipta suasana ini. Jadi, marilah kita bersama2 menjaga kebersihan tandas kita..weeee ~~~

Friday, November 19, 2010

Sinar Ayat Kursi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku berkesempatan melihat personal email yang dah lama tak dijenguk (ada sebenarnya tapi sekadar melihat email dari facebook sahaja..hahah).

Maka hari ini aku meluangkan masa melihat email yang lama berada di kotak gmail aku. Wah ada 1000++ email sejak dari awal tahun (whoaaa!!)

Aku terpanggil untuk berkongsi info yang menarik ini untuk kengkawan ~~~~


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
 lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
 Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
 setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
 memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..
AMIN......



Monday, November 15, 2010

Perihal Koc Wanita ~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semenjak KTM melancarkan koc yang dikhaskan untuk wanita, para wanita mungkin boleh menarik nafas lega. Ini kerana sendainya terpaksa bersesak berjam-jam lamanya di dalam coach itu pun masih selesa kerana tidak perlu bersesak dan bergeseran dengan kaum lelaki. Namun setakat manakah ianya berkesan? Adakah setiap penduduk Malaysia memainkan peranan penting dalam menjayakan perkara ini?

Hahaha..rasanya masih ada segelintir masyarakat (kaum lelaki khususnya) yang 'buta huruf' atau sekadar tidak ambil peduli. Namun adakah juga kaum wanita yang berada di koc berkenaan, bertindak membetulkan keadaan?

Aku nak kongsi pengalaman ketika aku menaiki KTM. Ianya terjadi baru-baru ini jugalah. Walaupun aku sebenarnya jarang sekali menaiki kenderaan awam setelah memiliki kenderaan sendiri. KTM, LRT dan sewaktu dengannya masih selesa lagi, tapi kalau aku disuruh menaiki bas..alamatnya sesat entah ke mana..haishhh....

Ada dua peristiwa berbeza....

Peristiwa pertama sewaktu aku ingin ke Rawang. Dari rumah aku untuk ke Rawang harus bertukar tren dari KL Sentral. Aku dengan ayunya berbaju kurung ketika itu. Menunggu KTM dengan penuh sabar dan memilih untuk duduk di koc wanita. Sampai sahaja tren, ku lihat ramai golong 'wanita berbadan sasa' yang turut sama berada di dalam koc tersebut. Dengan rasa serba salah aku melangkah jua ke dalam. Huh, terpaksa bersesak juga, namun tidak selesa kerana 'wanita berbadan sasa' turut sama berdiri di sekitarku. Aku juga mungkin seperti wanita yang lain, yg malas untuk membacakan tulisan di sticker berwarna merah jambu + putih yang tertera di pintu dan setiap tingkap koc kepada golongan mereka ini. Kalau warga asing masih boleh dimaafkan kerana ada di antara mereka yang tidak tahu membaca, tapi bila rakyat Malaysia sendiri tidak ambil peduli, siapakah yang harus disalahkan??? 

Aku tersenyum tatkala ada seorang wanita yng boleh digelarkan sebagai makcik menjalankan tanggungjawabnya. Dia akan menghalau atau meminta golongan 'wanita berbadan sasa' ini untuk keluar dari koc wanita. Dia akan menegur setiap kali sampai ke persinggahan dan perhentian seterusnya. Terpikir juga aku, perlukah mereka ini diingatkan setiap kali???

Peritiwa kedua ini berlaku dua hari yang lepas. Kami berenam (semuanya wanita kategori menarik) hehehe... menaiki tren (sekali lagi memilih koc wanita) untuk pulang ke rumah setelah penat mengukur jalan di Kuala Lumpur. Kami mendapat tempat sebaris semuanya dan di depan kami terdapat 2 pasangan duduk dengan wajah selambanya. kami berbisik sesama sendiri dan salah seorang lelaki di hadapan kami kelihatan tersipu kerana merasa tersindir. Lantas kakakku menegur:-

"Okaylah tu ya bang sebab bawak beg wanita."

"Yelah, ada juga wanita." jawaban lelaki itu mengundang ketawa kami.

Kemudian, seorang wanita yang kami kira isteri kepada lelaki itu meminta gula-gula dari suaminya.

"Kat mana?" tanya lelaki itu.

"Kat dalam tulah!" tengking wanita itu.

Kami terpaku seketika. Terkejut dengan noda wanita itu memarahi suaminya. Ku lihat kawan di sebelahnya sempat menyiku wanita itu sekadar menegur bahawa tidak seharusnya wanita itu memperlakukan suaminya begitu. Wanita itu langsung tidak memandang kami dan wajahnya masam sahaja. Kami hanya menahan senyum di dalam hati.

Sampai sahaja ke destinasi, terhambur ketawa kami.:

Jelas kelihatan perempuan itu merasa cemburu dan tergugat kerana kami menegur suaminya..hahahah LOL~~~

Moral of the story : Kalau berpasangan, jgnlah naik koc wanita. ~~~ (^____^)

Friday, November 12, 2010

Minggu Yang Sibuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Azam aku nak menyiapkan sekurangnya 2 manuskrip dalam tahun ini rasanya tidak dapat tercapai..huhu sangat sedih! Di kala aku bersemangat untuk menyambung manuskrip yang sudah siap kira2 200 mukasurat itu, laptop aku pulak buat hal. Entah kenapa kerap benar 'hang' sehingga aku menjadi fedup nak menyambung. Rasa nak kucampak sahaja..tapi..heheh sayang weyh..hampir RM2k harga laptop itu. Aku masih belum berkesempatan untuk menghantar laptop maroon aku itu ke 'klinik'. Kata teman, kerap 'hang' berkemungkinan kerana aku menggunakan W7 dengan ram 2gb, sedangkan untuk penggunaan W7 yang lebih lancar, seeloknya menggunakan sekurang2nya 4gb..adehhh. Harus juga ku tukar kepada W XP. Hmmm...

Kadangkala ada juga aku mencuri menaip di opis, tapi setakat manalah kan..idea ni kalau dipaksa akan menjadi ntah-apa-apa-ntah lah jawabnya. Itu pun aku curik masa lunch aku jikalau aku tidak keluar makan. Jadi, apa yang boleh ku katakan di sini, tunggulah dulu.. harap aku dapat menyiapkan manuskrip itu nanti, Insya Allah.

Jadual aku untuk bulan ini kelihatan padat sekali. Minggu ini aku harus membawa sepupu yang datang dari Jakarta berjalan-jalan. Time to pay back..hehehe..yelah masa aku ke sana, dialah yang mengangkut kami ke sana kemari. Minggu depannya pula, aku mungkin akan menyertai Batik Walk anjuran Yayasan Budi Penyayang. Minggu seterusnya pula, ke rumah saudara di Gombak menghadiri majlis pertunangan dan minggu lagi pulak, company trip (yeahh!!!) 

Masuk bulan 12, aku harus tumpukan sepenuh perhatian aku untuk perkara yang sangat penting dalam hidup aku. Perkara ini harus ada perhatian dan semangat yang jitu. Harapan aku agar semuanya berjalan dengan lancar..Insya Allah. 

Thursday, November 04, 2010

Don't Drive & Dream

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Suatu petang nan indah, aku memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana (heee...baiklah pulak aku ptg itu tidak seperti kebiasaannya..bawak kete lelaju)

Seperti biasa dalam memandu itu aku akan ditemani oleh suara2 merdu yang kadangkala bersatu dengan suara aku yg boleh masuk kategori merdu tahap sederhana~~ kalau tak ada lagu yang best di radio..aku akan memasang kaset Anuar Zain atau Zamani (Slam). Belum berkesempatan nak mencari album Maher Zain utk dilayan di kala petang.Nanti2lah akan kucari.

Sebelum pulang itu aku ada sedikit conversation dgn si dia yang membuatkan aku tersenyum dan berfikir sepanjang hari. Aduhhh inilah bak kata orang "Dont drive n dream' hehehe...

Semasa melalui jalan menghala ke Angkasapuri aku sepatutnya mengambil jalan ke kanan untuk ke rumah aku, tapi entah macamana aku boleh membuat pusingan -U. Ini bermakna aku menghala semula ke pejabat!!!! Argghhhh..setelah membuat pusingan baru aku tersedar 'eh salah jalan pulak'..

Adoiii...nk ketawa pun ada, nk marah diri sendiri pun ada..
Terlajak perahu boleh diundur..terlajak u-turn..kena u-turn semula hihihi...

Himpunan Doa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan doa2 buat amalan kita....sharing is caring..caring is loving ~~
(Sila klik pada gambar utk saiz yg lebih besar)
























Tuesday, November 02, 2010

Say Hi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Wah, lama tk blogging ni. Sebenarnya ada mcm2 peristiwa yang menarik berlaku tapi tkder masa nak update. Ada berita gembira sebenarnya tapi biarlah dulu, selagi ianya masih belum benar2 pasti biarkan ku simpan dahulu.heheh bukannya kedekut nk berkongsi tapi nanti2lah yer.... Lagipun aku rasa cerita peribadi tentang diri ini, biarlah hanya kwn2 terdekat sahaja yang mengetahui.

Minggu lepas, pulang dari tempat kerja seperti biasa sekitar jam 6.00-6.30 petang, aku menapak ke kereta yang diparkir di taman berhampiran opis. Mmg kebiasaannya aku akan meletakkan kereta di situ cuma selalunya tempat kesukaan aku di bahagian depan sedikit. 

Nasibku agak malang hari itu kerana sampai sahaja di kereta, kulihat cermin tingkap belakang retak seribu. Wah, hampir nk menitik airmata ini melihat Neon putih kesayanganku 'cedera'. Tatkala pintu di bahagian pemandu aku buka dan aku tutup perlahan2, serpihan cermin bertaburan...huhuhu..sedihnya..Teringat kata2 my dear bila aku khabarkan kepadanya, kalau boleh serpihan kaca itu dijadikan permata utk cincin, maka jimatlah sikit duitnya..hmmm...LOL~~

Petang itu atas bantuan kawan opis, aku mendapat 'cermin' baru..fuhyoooo siap tinted hitam lagi tu. Sepanjang jalan aku mendengar kibaran semulajadi dari 'cermin tinted' ku hahaha...

Sampai di rumah, nasib baik juga aku parkir kereta di hadapan rumah, maka selamatlah sikit dari kecurian, cuma aku terpaksa mencari kain penutup utk mengelakkan air hujan. 

Esoknya awal2 pagi aku sampai ke pejabat dan minta bantuan rakan sekerja menghantar kereta aku ke bengkel menggantikan cermin. Alhamdulillah siap juga ptg itu..tapi terbanglah duit aku. Apa nk buat, inilah risiko memakai kereta..

Tuesday, October 05, 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Heboh orang menceritakan tentang teater ini yang dipersembahan dari Sept 24, 2010 sehingga Oct 4, 2010..dan akhirnya dipanjangkan sehingga Oct 9, 2010 berikutan sambutan yang menggalakkan.

Jualan tiket sungguh laris sehingga sukar kami membeli tiket. Tapi akhirnya dapat jugak kami menonton teater ini di Istana Budaya pada Oct 3, 2010 yang lepas.(Tapi pada hari itu, terdapat banyak juga tempat kosong)

Teater menarik ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang lelaki yang cekal iaitu Tun Mahathir sendiri, mantan Perdana Menteri kita. 

Garapan cerita pada aku, menarik dengan ada kisah-kisah lucu yang diselitkan. Pada keseluruhan teater ini boleh dikatakan bagus dan menarik untuk tontonan semua warga malaysia.

Note: Semoga Tun Mahathir kembali sihat..

Teater Muzikal Tun Mahathir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Heboh orang menceritakan tentang teater ini yang dipersembahan dari Sept 24, 2010 sehingga Oct 4, 2010..dan akhirnya dipanjangkan sehingga Oct 9, 2010 berikutan sambutan yang menggalakkan.

Jualan tiket sungguh laris sehingga sukar kami membeli tiket. Tapi akhirnya dapat jugak kami menonton teater ini di Istana Budaya pada Oct 3, 2010 yang lepas.(Tapi pada hari itu, terdapat banyak juga tempat kosong)

Teater menarik ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang lelaki yang cekal iaitu Tun Mahathir sendiri, mantan Perdana Menteri kita. 

Garapan cerita pada aku, menarik dengan ada kisah-kisah lucu yang diselitkan. Pada keseluruhan teater ini boleh dikatakan bagus dan menarik untuk tontonan semua warga malaysia.

Note: Semoga Tun Mahathir kembali sihat..

Berayer di rumah cikgu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Memenuhi jemputan rumah terbuka pada hari sabtu yang lepas bersama teman-teman fesbuk. Rasa terharu sangat sebab kami berkenalan hanya melalui fesbuk je but then ikatan persahabatan itu seperti lama terjalin kemesraannya. Apapun Alhamdulillah semoga silaturrahim ini akan terus berkekalan..amin.

Memulakan perjalanan pada jam 5 petang. Destinasi : Sungai Besi. 

Memang tak pernah ke sana pun sebelum ini. Berkumpul di LTSAAS, subang kami 2 buah kereta meneruskan perjalanan. 

Dengan lagak yang konon tahu, kami pun jalan mengikut signboard yang tertulis sepanjang jalan. Huhu..boleh sesat jugak. Masuklah kami ke kawasan perkilangan hehehe. 'makan langsat' kata seorang teman..yg membawa maksud 'sesat'..whoaaa...!!!

Menjelang maghrib kami sampai ke destinasi. Sambil menunggu teman yang lain, sesi borak2 dan gelak dan merakam gambar dimulakan.  

Setelah teman yang lain tiba, kami memulakan sesi 'mengisi perut'. Wah, banyaknya makanan..ada nasi minyak, spagetthi..nasi putih bersama lauk pauk. Thanks pada Cikgu Mie sekeluarga. Thanks pada Dewi yang menyediakan makanan yang sedap2.

Kira-kira jam 9 kami bertolak pulang. Eh, tapi bukan terus ke rumah. Kami ke Uptown De Kota, Kota Damansara. Di situ kami mengatur pertemuan dengan sahabat fesbuk yang lain..adik syukri!! Heheh..meriah dengan gelak ketawa. Memang seronok sesekali menghabiskan masa bersama teman-teman. 

Thanks pada Fizah yang mencuri masanya dengan turun ke Kuala Lumpur dari Perak kerana ingin bertemu dengan kami. Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan..amin

Friday, October 01, 2010

Lunch

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Semalam aku dan teman-teman keluar makan. Kerana kami menjadi orang kaya pada hari itu (gaji dah keluar) hehe maka kami berpakat untuk makan di tempat yang special sikit. 
Destinasinya : Gerai Ayam Golek yang terletak di Kerinchi.

Maka dengan menaiki kereta kecil aku, kami ber5 pun memilih tempat dan membuat pesanan. Semuanya makan Set ayam golek yang terdiri dari 3/4 ayam, coselaw dan kentang goreng.

Lama juga kami menunggu giliran makanan kami sampai. Kira-kira setengah jam kemudian baru kamu dapat menikmati makanan kami.

Sambil makan sambil bercerita. Sesuatu yang luar biasa adalah alas ayam yang terdapat di pinggan kami. Aku sedikit pelik tapi tidak menyuarakan apa-apa pun. Sayur itu ku makan. Dalam hati berkata juga, sayur apakah ini?? Enak juga rasanya...

Kemudian kawanku berkata :

Hawa: Kenapa dia letak sayur sawi bukan salad?

Aku: Haa?? sawi ke? (heheh..sawi itu diterbalikkan dan daunnya dibuka lebar dan mentah, maka aku kuranglah nampak hehe.)

Hawa: Yalah, tu yang lambat agaknya sebab dia nk cari daun sawi ni, salad dah habis. Kena pergi kebun dulu...etc..etc..

Wakaka..kami tergelak-gelak. Aku makan sayur itu setengah manakala kwn2 yg lain langsung tk usik. Hehe..aku bukanlah penggemar sawi sebenarnya tapi apabila sawi dimakan mentah, agak enak juga rasanya. 

Kami fikirkan itu adalah kelainan gerai itu, tapi sewaktu kami melangkah pulang, kami lihat pesanan yang lain menggunakan sayur salad. Maka kami tergelak lagi..pastilah masa giliran kami itu sayur salad sudah habis..hehehe..apapun memang sedap makan di sana..:-))

Eeeeiiiiwwwwww

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ini pagi yang sangat indah, dengan cuaca yang menyenangkan, aku pun bersiap ke pejabat dengan berbaju kurung satin biru cair dan shawl belang gabungan biru pekat dan biru cair (wah, aku rasa penampilan aku hari ini boleh tahan - hehehe. Bukan aku cakap yer tapi pujian yang diterima. )

Dengan lafaz bismillah, doa menaiki kenderaan dan doa lainnya, aku pun memulakan perjalanan. Dari rumah ke pejabat tidaklah jauh sebenarnya tapi memandangkan aku terpaksa mengelak dari macet di jalan klang lama, maka aku memilih laluan ke pantai dalam. Biarlah aku harus berpatah balik tiada masalah bagiku asalkan tidak perlu menempuh kesesakan yang sarat begitu.

Perjalanan hari ini seperti biasa sambil ditemani dengan telatah FaFau, FBI & AG. Sesekali aku ikut menyanyi walaupun kenkadang liriknya ntahapahapantah hehhe...

Pertengahan jalan aku melihat sesuatu yang cuba mengintai dari tirai jendela. Apakah itu?? Wah, tidak lama kemudian muncullah binatang yang paling aku geli di situ. CICAK!!. Oh tidakkkkk...aku hampir terkejut, mujur stering kereta dipegang kejap. Sambil menahan rasa geli geliman, aku teruskan pemanduan. Nasib baik di luar cermin, kalau di dalam mahu aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan seterusnya berjalan kaki ke pejabat sekiranya cicak tersebut mahu bermalasan di kereta aku.

Eh, jangan kutuk dulu..kereta aku bersih occey..hehehe..cuma musykil dari mana cicak itu datang.. ketika bercerita ini pun aku dah geli geleman. 

Kereta aku parkir di tempat biasa. Dengan cepat aku keluar dari kereta sambil cuba mengacah cicak itu namun nampaknya ia buat derk sahaja. Aku tinggalkan cicak itu begitu sahaja. Tengahari keluar makan, mujur cicak itu sudah tiada. Harapan aku jgnlah dia menyorok di mana2 bahagian kereta aku..

Friday, September 24, 2010

Jamuan Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini, opis ada buat makan-makan sikit sempena hari raya. Kami dah bahagi-bahagikan tugasan di antara kami. Aku memilih memasak pasta goreng. Itu sahaja yang terfikir sebab budget pun dh lari hehhe.. Duit raya untuk anak-anak buah pun belum kubagi. Ada yang dah menuntut tu...

Sakinah:  " Acik, Inah dah bagi acik duit raya. Mana duit raya untuk Inah?"

Aku: "Haa??? (terkedu sekejap. hehe..sakinah mmg kiyut, dia bagi aku duit raya RM2). Acik pun kena bagi jugak ke?

Sakinah: "Yalah sebab Inah dan bagi acik."

Aku: Sambil tersenyum "Okay!"

Hahaha, sakinah baru berumur 5 tahun tapi sangat pandai mengambil hati. Sampai sekarang pun aku belum bagi lagi. Tunggu ya wahai anak2 buahku. Gaji ni acik bagi korang duit raya.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Berbalik pada cerita tadi, hehe seawal jam 6 pagi aku dah bangun dah. Tapi malam sebelumnya mata ni tak boleh nak lelap. sehingga jam 3 pagi pun aku masih tak tidur. 

Alhamdulillah pasta yang aku masak boleh tahan rasanya. 

Tapi aku rasa tak sihat sebab tak cukup tidur. Tetiba rasa cam nak pitam pulak ni.. huhu.. malam nanti nak cover tidur yang tak cukup tu...ngeeee....

Wednesday, September 22, 2010

Puasa Syawal dan puasa ganti?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini aku tak berpuasa. Wah, jeles ayahku dah abes buat puasa 6, mak pula lagi 1 hari. Aku? Hehehe..biarlah rahsia. 

Kalau tahun2 yang lepas aku selalu buat puasa ganti dulu kemudian baru buat puasa 6..waaa....kena kuat semangat dan kena pandai bahagi masa supaya cukup puasa tu dalam bulan Syawal.

Bulan Ramadhan hari itu aku menonton rancangan Tanyalah Ustaz yang membincangkan soal berpuasa. Menurut Ustaz, buatlah puasa 6 dulu kerana waktu masa terhad sedangkan puasa ganti kita ada masa setahun (sebelum tibanya puasa berikutnya) untuk mengganti. (Tapi alangkah baiknya kalau kita (khususnya kaum wanita) mengganti puasa wajib yang tertinggal secepat mungkin kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput). Wah, lega aku mendengarnya. Hehehe bukan apa, memang payah nk membahagi masa atau lebih afdal dikatakan tak tahan godaan hehehe..jemputan rumah terbuka di sana sini..

Satu persoalan yang mungkin berlegar di minda kita semua, bolehkah puasa 6 disatukan? Ada bermacam2 pendapat. Tapi aku mengikut pendapat haruslah diasingkan antara wajib dan sunat. Puasa 6 hukumnya sunat dan puasa ganti adalah wajib bagi kita.  Di samping mendapat pahala, aku rasa secara tak langsung kita dapat menyihatkan badan dengan berpuasa ni. Selagi berkemampuan, tiada masalah kan? 


Monday, September 20, 2010

Yang Terindah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Lama juga tak menjenguk blog..hurmm..lappy wat hal pulak..dunnu y..bengang gak

Since last week kitorg 1 family dah start berpuasa 6. Aku baru je dapat buat 3 hari disebabkan jemputan raya yang harus diutamakan. Ingat lepas tu nak terus je sambung puasa ganti seperti tahun-tahun yang sudah. Senang bila dah ganti awal2 ni.

Hari ini first day datang opis setelah lebih dari seminggu bercuti. Hehe...nasib baik ada balance kuih raya yang tinggal, dapatlah jugak aku bawa ke opis. Banyak keje yang nak kena siapkan tapi okaylah mood pun bahagia je hari ini.. Alhamdulillah.

Last friday aku menjemput seseorang dinner kat rumah since mak pun dah sibuk bertanya. Bukan tidak pernah dia datang beraya di rumah cuma kali ini keadaannya berbeza sedikit. Maka, dia pun datang beraya (seorang diri hehehe...berani kan?) Hehehe..bukanlah keluarga aku nak  buat apa-apapun cuma semangat dia yang dtg bersendirian je yang mengagumkan.

Dinner berjalan lancar macam biasa..alhamdulillah. Kemudian kami satu family memotong kek yang dibawa oleh si dia. Anak-anak buah pun sudah berkumpul menghadap kek itu dengan riak wajah yang tidak sabar. Sebelum nak potong kek tu, anak2 buah sibuk menyanyi : - 

"Selamat Hari Raya"..mengikut muzik lagu harijadi. Haha...so cutelah dorg tu. Anyway, memang enjoy malam tu..hari yang terindah....

Pssttt...gambar2 raya boleh dilihat di laman fesbuk... gambar kek will update later since my nephew pinjam kamera tak pulangkan lagi....sigh...(dh letak pics)

Wednesday, September 15, 2010

T-Shirt...lalala

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hehehe..rasa nk tunjuk je kat boss. Apa agaknya reaksi dia bila tgk tulisan kat belakang baju ni

Semalam teman kakakku yang selalu membuat visual di Istana Budaya datang berhari raya ke rumah. Katanya dia dari pejabat, yang tidak jauh pun jaraknya dari rumahku. 

Yang paling best..dia datang beserta barang untuk aku dan kakakku.. nak tahu apa barangnya?

TADAAAA!!!!!!!!!!



T-shirt Uda & Dara & Cuci2 the musical. 

Cuci2 the musical 2 ni aku tk tgk sbb dh tgk yang pertama. Aku rasa yg pertama jugak yg best sebab gengnya lengkap. Uda & Dara? Huhu leh baca kat previous n3..

Apapun Thanks Daun Keladi Danny Ho..

Bertemu Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini, detik ini masuklah raya ke-6 sudaaa kita berhari raya. Terasa pantas masa berlalu..seakan baru sahaja kita berpuasa rasanya.

Raya aku? Alhamdulillah, meriah seperti biasa. Cuma tahun ni terlebih meriah kut sbb ada juga kengkawan yang tak balik beraya, maka dapatlah aku beraya ke rumah mereka..hehehe.. bukan apa, selalunya raya aku di Kuala Lumpur sunyi sahaja. Paling2 rutin biasa, ke rumah sedara-mara sahaja.

Raya pertama memanglah rumahku akan dikunjungi oleh sanak saudara, tanpa putus sehingga ke malam..syukur. Malam raya pertama tu, harus ke rumah makcik di kampung medan. Hanya aku dah kakak sahaja yang ke sana sementara parents di rumah melayan tetamu. Kejam? Hehehe..tklah. Segalanya dh disiapkan awal2 termasuk angpau raya dariku untuk anak2 saudara yang singgah sepanjang ketiadaanku.

Raya kedua begitu juga..ada sedara yang datang berhari raya. Cuma malamnya langkah kakiku panjang sedikit kerana berhari raya di rumah kawan (hehe hanya selang beberapa meter je pun) setelah mereka berhari raya di rumahku.

Raya ke-3..hehehe barulah boleh berjalan. Destinasi? Gombak. 4 buah rumah sekaligus disinggahi dalam masa sehari itu. Sewaktu ke rumah saudara di Taman Harmoni, kami melalui hadapan rumah arwah Sosilawati Lawiya (jutawan kosmetik yang dibunuh kejam). Al-fatihah ke atas rohnya dan 3 yang lain..amin.
Sewaktu melintasi rumah arwah, kami lihat ada sekumpulan wartawan yang duduk berlonggok di pintu pagar rumah arwah. Mungkin menanti waris arwah membuat penampilan utk ditemuramah. 

Raya ke-4..haaa, g tgk wayang kat Sunway Pyramid bersama anak2 buah dan kwn2. Cerita? Senario Asam Garam. Okaylah tapi jalan cerita kurang mencabar sangat dan yang peliknya kenapa wahid tak ada? Rasa mcm tk lengkap pulak nk disebut 'senario'.

Raya ke-5..g hospital. Destinasi? General Hospital. Pergi temankan mak untuk appoinmentnya. Aku rasa sistem di GH lebih bagus dan friendly berbanding di UH. Sebabnya tak perlu nak ke sana ke mari untuk membuat appoinment. Selepas mendaftar terus ke bilik rawatan. Lagi satu, doktor yang sama juga memeriksa  ibuku berbanding di UH, setiap kali appoinment, setiap kali bertukar doktor yang sama. Dan setiap doktor itu akan bertanya "makcik sakit apa?" Aduhh..itulah sbbnya nk berjumpa dengan doktor. Nak periksa sakit apa? Bukankah tugas seorang doktor itu memeriksa dan memberitahu sakit kita setelah bergelen2 darah diambil? Kemudian appoinment2 diatur entah sampai bila nk tamatnya. Alhamdulillah tadi di GH terus dapat tahu resultnya, mak tinggi kolestrol. Hmm dah agak dah pun. yang lain2 syukur okay. Cuma next appoinment nk check keadaan jantung ibuku yang sering diadu olehnya sentiasa 'berdebar-debar'. Hopefully lepas ni mak akan berpuas hati.

Next agenda? hmm.. tk pasti lagi. Cuti aku pun masih panjang rasanya. Next monday baru start keje... 

Ada sesiapa nk jemput aku ke rumah terbuka? Sangat dialu2kan..

~~~ MISS U..... ~~~

Wednesday, September 08, 2010

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Tinggal lagi 2 hari sahaja (insya Allah) nak menjelangnya hari raya. Esok, aku dah mula bercuti. Nk buat persediaan terakhir sebelum Ramadhan menutup tirainya. Rumah tu nasib baik juga awal2 dah mula kemas sikit2. Ada pulak spekulasi mengatakan esok (khamis) raya..hurmmm... Jangan cepat percaya, apapun kita tunggu pengistiharannya malam ini. 

Sejak dari semalam mood aku sengal sikit. Dahlah semalam mengisi borang, entah macamana aku boleh mengira terlebih pulak decimal pointnyer. Hehe, kalau satu bahagian je tak apa, ini kesemuanya.. mau pengsan boss aku nk menyain borang itu. Sudahnya aku kena gelak...ekekek..

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SALAM LEBARAN utk semua umat Islam di dunia ini. Semoga segala amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah dan berterusan beribadat kepadaNYa. Kepada yang pulang ke kampung, berhati2 di jalanraya.

SALAM LEBARAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, September 07, 2010

Aperper jelah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pernah tak korang mengalami satu perasaan di mana korang rasa sangat diabaikan? 
Aku pun tak tahu macamana nak menghuraikan dengan lebih lanjut tapi itulah yang aku rasakan sekarang ini. Atau aku sendiri yang merasakan begitu? Kenapa tak boleh jadi seperti orang lain? Kenapa tak boleh nak berkominikasi macam orang lain? ~~ sigh~~

Terkadang terfikir jugak, patut diteruskan atau tunggu sahaja seperti bulan jatuh ke riba? Atau sepatutnya aku yang harus mulakan dulu?

Pening memikirkan perkara ini. Kalau nak buat derk je tanpa ambil peduli, rasa tak tenteram hati ini. Tapi....sigh...memanglah aku tak tahu nak kata apa sekarang ni....Biarkan masa menentukan segalanya??? Mungkin itulah yang sebaiknya..

Aktiviti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Inilah rupanya kuih seaweed aku.

Lama jugak aku biarkan blog ini berhabuk. Kesibukan melanda plus kemalasan. 

Lagi berapa hari aje lagi umat Islam akan menyambut Hari Lebaran. Persiapan raya? Hurm, cukuplah ala kadar sahaja. Tahun ni seperti tahun2 sebelum, kami beraya di sini sahaja, kekadang bosan juga. Pernah juga ajak family bercuti tapi kata emak time inilah saudara mara nak bersua muka. Apakan daya..

Budget duit raya seperti biasa jugalah. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau ikutkan hati aku, nak bagi cokelet sahaja setiap anak2 yang datang, okay tak? Terasa kedekut tak? Okaylah kut.... hehehehe..

Tahun ini solat terawih hampir penuh juga jika tak ada undangan berbuka di luar. 

Kuih raya? Hurm sebelum raya tu dah planning nak buat kuih itu kuih ini tapi akhirnya tinggal angan2 sahaja kerana kekangan masa. Kuih yang sempat aku buat hanya popia seaweed je. Ingat nak buat candy kelapa tak tahulah sempat ke tak ni. Alah, tak apalah ada backup (kuih tunjuk) yang aku beli melalui kengkawan.

Jahitan labuci.

Tahun ini sebenarnya tak mahu lagi nak buat jahitan labuci tapi di sebabkan last minit ada permintaan okaylah aku laratkan juga. Penat woooo pinggang bila duduk menjahit labuci ni.. Baju sendiri? Hurmm..beli sahaja di kedai...

Friday, September 03, 2010

Ramadhan 24, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini sudah masuk hari ke-24 ramadhan. Wah terasa cepatnyer masa berlalu. Lagi beberapa hari dah nak raya. Persiapan raya? huhu..satu pun belum ada yang terlaksana lagi. Tahun ini mak pun tak buat kuih macam selalu, maklumlah bukannya larat sangat. Aku adalah beli 3-4 jenis kuih untuk raya nanti. Baju Raya? Hurm...belum ada lagi. Nampaknya last minit jugak nak pergi cari. Harus memakai baju baru tatkala solat raya nanti.

Cadang nak buat kuih tahun ni (kuih seaweed n chipsmore) tapi entahlah macam tak ada masa je. sekarang ni nak menyiapkan jahitan manik. Huhu..terasa dah tersekat dikerongkong haishhhh....

Hari ini pun hati rasa tak tenang je. Entahlah kenapa...Sedihnyer...

Sunday, August 29, 2010

Bergadang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam tadi, mataku terasa payah nak pejam. Siangnya pun aku tidak tidur tapi mata ini terasa celik sahaja. Lantas, aku membuka laptop dan menyambung penulisanku yang tergendala. Wah, ternyata idea datang melimpah ruah..syukur Ya Allah. Semoga aku dapat menghabiskan manuskrip itu secepat mungkin..amin.

Setelah penat jemari menekan keypad laptop, aku berbaring sebentar setakat merehatkan mata dan minda namun mata ini masih belum mahu terpejam. Lantas aku membuka youtube dan sambung menonton Ketika Cinta Bertasbih sehingga ke episod akhir. Wah, akhirnya berjaya juga aku menghabiskan cerita itu. Jalan cerita yang menarik dan boleh dijadikan teladan.

Sebelum ini, aku hanya membuka youtube sekadar untuk mendengar lagu, tak terlintas pula nak menonton cerita di dalam youtube ini. Semua ini bermula apabila seorang teman mencadangkan agar aku melayan cerita 'Ku Tunggu Jandamu' di youtube. Okaylah, supaya tak boring sangat maka aku pun layanlah sehingga naik seronok pulak. Haha..lepas ni ada dua tiga lagi yang menanti untuk ditonton. Haishh..padahal aku masih mempunyai koleksi DVD yang dibeli dari seorang teman yang masih belum berkesempatan untuk dimainkan.

Hari ini, aku harus menyambung kembali manuskrip yang ku beri judul 'Tunjuk Ajarku Sifu' itu. Ternyata apabila di awal pagi, pabila bumi ini sunyi dari keriuhan manusia, ternyata idea datang tanpa di duga. Seronoknya..namun bagi aku yang bekerja makan gaji ini, tidak boleh selalu bergadang. Maka kesempatan dihujung minggu tidak disia-siakan.

Chaiyok Aryanie..!!!

Friday, August 27, 2010

Buka Pose

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini (Aug 26) aku berbuka puasa bersama teman sekerja, juga bersama bekas teman sekerja yang telah lama tidak bersua. Sekadar bertanya khabar di fesbuk sahaja. Destinasi lepaking kami di Pizza Hut. 

Aku keluar dari opis jam 6.30 ptg. Konon supaya aku tiba di destinasi nanti tidak perlu menunggu lama untuk berbuka. Namun setibanya aku di bulatan ke-2..aku mengeluh berat. Mana tidaknya dari jauh sudah kelihatan kereta yang berderet bergerak perlahan-lahan. Untuk mencari alternatif lain tidak mungkin kerana tidak ada pusingan U di situ kecuali terpaksa menempuh bulatan itu juga. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku bersabar menanti giliran melepasi bulatan. Jam di dashboard sudah mencecah ke angka 7. Adoi...sempat ke aku berbuka nanti.

Syukur aku sampai di sana sebelum tibanya waktu berbuka. Bertemu semula kawan lama memang banyak yang nak diceritakan. bertukar2 cerita. sekurang2nya hilang perasaan geram siang tadi...