Monday, December 21, 2009

Cuti-Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cuti sekolah cuma tinggal lagi 2 minggu je. Anak-anak buah sibuk bertanya

"Cik..tkder g mana-mana ke? Jomlah kita g bercuti"
"Nk bercuti di mana?"
"Kita g Port Dickson ke? Melaka ke?"
"Melaka dah g. Post Dickson tu nanti acik tgk berapa ratenya"

Itu perbualan dengan anak-anak buah lebih kurang 3 minggu yang lepas. Dah check dalam internet cuti-cuti Port Dickson n dah find out berapa harga bilik semalam, tapi feedback macam lemau je...


Last-last tk nak menghampakan harapan anak-anak buah, bawa gak dorg g mandi kat 'Dunia Basah' atau lebih dikenali sebagai 'Wet World' setelah perancangan nak ke Genting dibatalkan (Budget tk berapa nk mengizinkan hehe)

Apupun mereka enjoy apabila di sana. Nak-nak g ke sana dengan sepupu sepapat..mana tak seronok. Sampai tk nk balik. Siap menyorok lagi bila kitorg cari nk panggil balik. Macam2 perangai budak2 sekarang ni.

Kakak sepupu aku, siap bawa lontong lagi, aku pulak siap masak nuget n kentang goreng. lagak seperti nk berkelah aje. Masa nk beratur tu seram juga sbb bukan bole bawa makanan luar. Bengkraplah klu nk beli mkn kat sana. Nyorok punya nyorok (makanan bahagi-bahagikan dalam beg sorang satu) akhirnya lepas juga. Kami mengambil tempat di hujung sebelah barat dan tgk-tgk..wah, ramainya orang n semua bawa makanan dari rumah! hahah


Kakak sepupu aku tk mandi. Aku gatal pulak nk mandi walaupun sebenarnya aku **** pada hari tu. Tapi tk bole tahan bila nampak air. Masuk jugalah dlm air tp tk mandi sangatlah.

Nak jadikan cerita, dh mandi2 tu..aku pun nk berjalan keseberang (masih dalam air lagi) Tiba-tiba kaki aku terasa seperti ditumbuk seseorang. Aku kaku di situ dan memandang ke dalam air (air jernih membolehkan aku melihat apa sahaja yang berada di dalam air) tapi tk ada apa pun. Aku memandang sekeliling. Namun tiada sesiapa yang berada berdekatan atau lalu di situ. Ah sudah!

Akhirnya aku naik ke atas dan menyertai kakak sepupu aku. Setelah itu, aku langsung tidak masuk ke dalam air dan terus menukar baju. Seram jugak.. Tulah degil!



1 comment:

Zah said...

woooo g "bercuti" x hajak pung :(( sedey sedey :P