Thursday, December 24, 2009

Kamu Jangan Nakal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mulai esok, aku dh mula bercuti. Akan berangkat ke Jakarta mulai esok sehingga hujung bulan ini. Semoga perjalanan kami ke sana selamat sejahtera hendaknya. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 yang akan menjelma tidak lama lagi.

Jadi, kepada teman-teman..jadi diri baik-baik dan jangan nakal-nakal....

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Chorus

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu
Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
 
Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Monday, December 21, 2009

Cuti-Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cuti sekolah cuma tinggal lagi 2 minggu je. Anak-anak buah sibuk bertanya

"Cik..tkder g mana-mana ke? Jomlah kita g bercuti"
"Nk bercuti di mana?"
"Kita g Port Dickson ke? Melaka ke?"
"Melaka dah g. Post Dickson tu nanti acik tgk berapa ratenya"

Itu perbualan dengan anak-anak buah lebih kurang 3 minggu yang lepas. Dah check dalam internet cuti-cuti Port Dickson n dah find out berapa harga bilik semalam, tapi feedback macam lemau je...

Last-last tk nak menghampakan harapan anak-anak buah, bawa gak dorg g mandi kat 'Dunia Basah' atau lebih dikenali sebagai 'Wet World' setelah perancangan nak ke Genting dibatalkan (Budget tk berapa nk mengizinkan hehe)

Apupun mereka enjoy apabila di sana. Nak-nak g ke sana dengan sepupu sepapat..mana tak seronok. Sampai tk nk balik. Siap menyorok lagi bila kitorg cari nk panggil balik. Macam2 perangai budak2 sekarang ni.

Kakak sepupu aku, siap bawa lontong lagi, aku pulak siap masak nuget n kentang goreng. lagak seperti nk berkelah aje. Masa nk beratur tu seram juga sbb bukan bole bawa makanan luar. Bengkraplah klu nk beli mkn kat sana. Nyorok punya nyorok (makanan bahagi-bahagikan dalam beg sorang satu) akhirnya lepas juga. Kami mengambil tempat di hujung sebelah barat dan tgk-tgk..wah, ramainya orang n semua bawa makanan dari rumah! hahah

Kakak sepupu aku tk mandi. Aku gatal pulak nk mandi walaupun sebenarnya aku **** pada hari tu. Tapi tk bole tahan bila nampak air. Masuk jugalah dlm air tp tk mandi sangatlah.

Nak jadikan cerita, dh mandi2 tu..aku pun nk berjalan keseberang (masih dalam air lagi) Tiba-tiba kaki aku terasa seperti ditumbuk seseorang. Aku kaku di situ dan memandang ke dalam air (air jernih membolehkan aku melihat apa sahaja yang berada di dalam air) tapi tk ada apa pun. Aku memandang sekeliling. Namun tiada sesiapa yang berada berdekatan atau lalu di situ. Ah sudah!

Akhirnya aku naik ke atas dan menyertai kakak sepupu aku. Setelah itu, aku langsung tidak masuk ke dalam air dan terus menukar baju. Seram jugak.. Tulah degil!

Saturday, December 19, 2009

Puteri Dan Si Katak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam sempat gak g tgk movie The Princess & The Frog kat IOI Mall Puchong. Fuh punyalah ramai org..sampai tiket hampir nk habis, dapat tmpat duduk pun depan sekali. Tk pnh2 aku duduk depan sekali. Tapi beli jugalah tiket sbb nk tunggu next shows lambat pulak.

Citer ni ingatkan mcm citer2 dongeng yg kita baca masa budak2 dulu..rupanya ada sedikit berbeza..pandai betul dorg nk tarik perhatian penonton. Mmg enjoy citer ni, ada bab sedih tu tersentuh jugalah..rasa cam mengalir je airmata ni tp cover juga sbb berada di khalayak ramai..malu beb!

Apapun..seronok mmg seronok tp sepanjang malam tu..tengkuk ku sengal pulak. Mana taknya mendongak je hehehehe

Friday, December 18, 2009

TAHUN BARU HIJRAH 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Awal Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah.
Selamat menyambut tahun baru Islam. Semoga banyak amalan baik tercatat di lembaran buku 1431H tahun ini. Bila tiba tahun baru ni, teringat masa sekolah dulu..sibuk berlatih menyanyi untuk pertandingan nasyid yang diadakan. Zaman sekarang, ada lagi ke sekolah buat aktiviti camni?

Biar apapun azam kita (tentulah yg baik2 kan..ada ke azam yg jahat?), kita harus berusaha mencapainya kemudian bertawakal. Jangan hanya hangat2 taik ayam je atau angan2 Mat Jenin. Nk berangan tk salah asal disertakan dengan usaha.

Azam aku tahun ni? Hmmm..aku nk jana duit banyak2..n klu bole aku nk keluarkan sekurangnya 2 novel dalam tahun ni. Insya Allah. Kita tgk je nanti! Chayok..Chayok!!!!

ISO

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apakah sebenarnya ISO itu? International Organization for Standardization atau Itu Susah Orang? Hmm apakah istimewanya ISO pada sesuatu organisasi?

Ntahlah tk phm nk explain. Bila dh ada ISO ni terasa mcm membebankan pula. Dari segi dokumentation, jgn ckplah...naik pening kepala melihat banyak sangat kertas kerja yang harus dilengkapkan. Maka bertambahlah kerja memfailing..aduss....

Setiap langkah kerja haruslah mengikut standard yang ditetapkan. Apakah dengan adanya ISO ini kualiti kerja akan bertambah? atau mendisiplinkan pekerja dan organisasi? atau menambahkan kos sebenarnya? Mungkin pada organisasi ISO ni bagus sebab bila sesuatu organisasi ini dilabelkan di bawah ISO bermakna organisasi ini bagus dan sistematik..tapi pada pekerja..hmmm...masih terasa membebankan.....

Thursday, December 17, 2009

Ke Jakarta kita!!!!!!

Assalamualaikum

Dalam penat2 bekerja tu, sempat gak kakak mengajak g ke Jakarta. Memula tu cam betul ke atau hangat2 taik ayam je..last2 betul2 rupanya. Pejam mata, click2 air asia online tu..akhirnya confirmed. Hmmm...sekarang ni tgh menghitung hari nak menunggu detik keberangkatan pada 25 December ini. Rasa teruja juga pertama kali nk kesana n pertama kali nk bersua sedara-mara yang menetap di situ. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Insya Allah

Rock Star Nite

Assalamualaikum

Company dinner dh pun berlalu hampir 2 minggu lalu namun kepenatan masih terasa. Ingatkan senang jadi komiti nie..tapi fuh..mencabar juga. Nak2 bila jumlah komiti tu sikit je. Company baik hati bagi cuti halfday tapi aku lepas habis keje..balik rumah jap..packing baju nk pakai mlm tu, makan n terus je menggerakkan kete ke Grand Dorsett Subang Hotel (aka Sheraton Hotel). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kelam kabut..tapi feedback suma enjoy dgn telatah Helmi D'Gimmick. Malam tu berlari ke sana sini sampai kaki pun naik kejang..baru je sesuap mkn, buat keje sikit..tup2 balik ke meje..pinggan dh kena kemas! hampeh tul...

Tapi yg seronoknya..bole pula terjumpa kawan sekolah lama (kebetulan keje technician dgn event company yg kitorg pilih)

Apapun mmg seronok sbb nasib aku baik mlm tu dapatlah 2nd grand prize. Memang berbaloi!
"Inilah gaya aku kononnya nk jadi Rock Star! Tapi gaya cenggini posing dlm bilik je. Kat luar aku muslimah sejati..hehehe..."      
               
Gaya Helmi D'Gimmick yang mampu membuatkan semua tetamu pecah perut dengan telatahnya. Thanks Helmi! You're the best!

Monday, November 16, 2009

Majlis Pelancaran Ingin Kusentuh Cintamu

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 14 November yang lalu, kami pelajar2 Sekolah Menengah Petaling Batch 1992-1996 telah mengadakan satu majlis perjumpaan antara pelajar. Majlis yang julung2 pertama kali ini, berakhir dengan sebuah kegembiraan dan kepuasan yang tidak terhingga walaupun terdapat beberapa kesulitan pada mulanya. Namun dengan kerjasama para AJK (Suresh, Zuriah, Aida, Ali, Azila, Aryanie, Nazri & Sukri) dan sokongan dari bekas-bekas pelajar SMP 92-96, majlis ini ternyata sangat berjaya.

Terima kasih buat AJK yang membenarkan aku mencuri sedikit ruang untuk melancarkan dan mempromosi novel sulung ku Ingin Kusentuh Cintamu terbitan Kaki Novel. Terima kasih KN kerana merealisasikan impianku. Aku berasa terharu kerana sambutan dan sokongan dari kawan-kawan ternyata memberangsangkan sehingga novel yang ku bawa khas untuk malam itu habis dijual. (hmm..patut bawa banyak sikit hehehe).

Terima kasih buat teman yang telah memberi sokongan dengan membeli novel ku ini. Pada teman yang tidak dapat bawa pulang naskah anda, jangan risau, anda masih boleh membuat tempahan pada AJK atau melalui kakinovel di www.kakinovel.com atau dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Terima kasih juga buat Hakmal Rabah, jurugambar pada malam itu yang sudi merakamkan detik-detik terindah sepanjang majlis tersebut. Seorang jurugambar professional namun sudi meluangkan masa ke majlis kami yang tidak seberapa. Beliau boleh dihubungi di facebook melalui nama Hakmal Rabah. Hasil kerja beliau boleh dilihat di www.lirikancahaya.blogspot.com.

Juga terima kasih dilayangkan buat seorang teman bernama Iskandar Shahrim kerana sudi merakam video buat kenangan pada malam itu.

Inilah dia Master of Ceremony malam itu En Mohamad Ali yang berjaya 'melelong' buku ku sehingga habis seperti goreng pisang panas. Thank you ali
Note : Tak lupa juga terima kasih pada Datuk Hairul Annuar yang membeli novelku dgn harga tinggi. Pada Ramesh yang sudi membeli dlm kuantiti yg banyak.. Hmmm..kalau ada nama2 yang tertinggal..ku susun sepuluh jari memohon kemaafan
Pada semua pelajar SMP yang hadir..terima kasih teman. Kepada yang tidak berkesempatan hadir, semoga kita berjumpa di majilis perjumpaan akan datang..Insya Allah.

Monday, November 09, 2009

Dikala Hati Berduka

Tidak pernah terfikir segalanya akan menjadi rumit begini
Kenapa aku yang dipersalah ke atas segala yang berlaku
Egokah aku? Jahatkah aku? Kejikah aku?
Hanya kerna sebuah perasaan....

Entah bila semua ini akan berakhir
Tatkala penghuni bumi lena dibuai mimpi
Aku masih lagi terjaga
Mengenangkan apa yang berlaku

TUHAN,
Sesungguhnya aku amat berdosa
Tapi..berdosakah aku?
Tapi..salahkah aku?

Kadangkala terasa dunia ini tidak adil
Aku dituduh dengan segala macam tuduhan
Walhal diri ini langsung tidak mengetahui..

TEMAN
Andai tanpa sengaja hatimu kusakiti
Maafkan aku.....

Thursday, October 08, 2009

INGIN KUSENTUH CINTAMU

Salam.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka lahirlah novel sulongku bersama Kaki Novel Enterprise yang mula diedarkan bulan Oktober 2009 ini.
Aku memang suka membaca sejak dari kecil dan dari situ terbitlah impian untuk melihat hasil karyaku sendiri.
Tidak tahu bagaimana harus kugambarkan kegembiraan melihat nama penaku tertera di sebuah buku hasil tanganku sendiri.
Penantian dan jerih payah selama ini terbalas dengan lahirnya Ingin Kusentuh Cintamu.
Kuharapkan impianku ini tidak hanya akan terhenti di sini sahaja. Aku ingin terus maju di dalam dunia penulisan..Insya Allah.

Kepada peminat novel, selamat membaca!

*****************************

Sinopsis

Dari seorang guru biasa, dia diberi amanah oleh seorang wanita kaya bernama Ratna menjadi penjaga kepada anak perempuannya yang juga waris tunggal kekayaan keluarga mereka. Pesannya agar diserahkan anak tunggalnya, Amanda kepada adik iparnya yang telah lama terputus hubungan.
Dengan perasaan yang berbelah bahagiHaniza memikul tanggungjawab itu dengan harapan agar dapat menemukan bapa saudara Amanda dengan segera.
Namun setelah berjumpa lain pula yang berlaku. Amanda tidak sanggup diserahkan kepada lelaki bernama Iskandar yang berhati batu dan berdarah dingin. Haniza terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan cacian.
Dapatkah Haniza menukar persepsi dan penerimaan Iskandar terhadap Amanda dengan hati yang ikhlas?
Ikutilah pengembaraan Haniza demi mendapatkan keadilan buat Amanda dan mengejar cintanya di dalam diam!

INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa….

Wednesday, September 16, 2009

SALAM LEBARAN

Syawal menjelma lagi setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di siang hari. Ketibaannya disambut dengan penuh kesyukuran, dengan harapan semoga Syawal tahun ini akan lebih bermakna dengan keberkatan yang dikurniakan Ilahi. Di kesempatan ini, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini, agar terhapus segala dosa samada sedar atau diluar sedar. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, kupanjatkan doa agar kalian semua selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN